Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERIKAN SEBAB MENGAPA KHALID TIDAK LAYAK JADI MB

Kalau Wan Azizah MB Selangor...

  • Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat
1 / 2
SHAH ALAM - [KEMASKINI] Penganalisis politik berpendapat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya akan menjadi proksi kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Wan Azizah tidak akan dapat lari dari menerima ‘telunjuk’ Anwar sekiranya beliau mendapat mandat itu.

“Beliau (Wan Azizah) mempunyai Anwar (menyokong) di belakang.

“…jadi pada saya beliau akan mentadbir sebagai proksi kepada Anwar sekiranya beliau dipilih,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan pula berkata, Wan Azizah sememangnya layak untuk memegang jawatan tersebut.

Menurut Jayum, pandangan yang mengatakan bahawa Wan Azizah sebagai proksi Anwar adalah pandangan peribadi dan sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Wan Azizah kalau dilihat balik mempunyai ‘track record’ yang cemerlang dalam politik.

“Beliau adalah Presiden PKR, telah berpengalaman sebagai ahli Parlimen lebih daripada 20 tahun.

“Jadi pandangan sebegitu sememangnya tidak boleh lari daripada masyarakat kita,” katanya lagi.

Terdahulu isu jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim panas apabila terdapat gesaan agar beliau melepaskan jawatan itu.

Terkini, pimpinan Pas Pusat dan Selangor mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan suasana politik negeri Selangor termasuk isu jawatan Menteri Besar Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.