Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA SINDIR DUA-DUA SEKALI

Tuesday, July 8, 2014

Mahathir sindir Sultan atau MB Johor nie?


Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pembangunan pesat Johor Bahru yang bakal menukar wajah kota itu secara radikal sehingga lebih mengagumkan berbanding New York di Amerika Syarikat.

Bekas perdana menteri itu membangkitkan persoalan berhubung kemodenan Johor, dengan berpuluh bangunan pencakar langit dan pangsapuri mewah dibina, akan dihuni oleh siapa.

“Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Dan Penduduk terdiri dari orang Melayu Johor Bahru dan kampung-kampung di sekitar. Dikhuatiri bukan,” kata Mahathir.

Beliau mengingatkan tentang penjualan Singapura oleh British oleh temenggung Johor pada tahun 1819 dengan harta 60,000 dolar Sepanyol yang kemudian menyebabkan penduduk asal tenggelam dalam bandar besar yang didirikan.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, besarnya pendatang asing di negara itu kemudian menjadikannya negara asing yang tidak dikembalikan kepada Johor walaupun selepas dibebaskan British.
Justeru, Mahathir membangkitkan persoalan sama ada Johor Bahru akan menjadi satu lagi Singapura yang majoritinya penduduknya terdiri daripada “warga baru”.

“Dalam sistem Malaysia sesiapa yang tinggal di negara ini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas berhak mendapat kerakyatan.

“Dan kita tak pandai tolak permintaan orang. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku sekarang,” katanya. 

Beliau tidak menghuraikan dengan jelas “warga baru” itu tetapi secara sinis berkata “sekarang kita tidak boleh sebut Melayu” kerana ia dianggap rasis.

“Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat.

“Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun ayam dikepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan,” sindirnya sambil memetik peribahasa yang bermaksud menjadi miskin di negara yang makmur.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.