• Tentera ISIL meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Iraq-Syria. Foto: AFP Tentera ISIL meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Iraq-Syria. Foto: AFP
1 / 1
DAMSYIK - SYRIA. Serangan drastik Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) menyebabkan hampir 30,000 penduduk menjadi pelarian di bandar Shahel, wilayah timur, Syria sejak minggu lalu.

Munurut Press TV, Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, ribuan penduduk terpaksa meminta bantuan perlindungan berhampiran wilayah Deir al-Zour selepas mereka dipaksa keluar dari kediaman masing-masing oleh anggota gerakan ISIL.

“Shahel adalah kubu kuat kumpulan Nusra Front yang merupakan ahli pakatan ISIL di Syria. Hampir semua loji minyak di Deir al-Zour jatuh ke tangan ISIL kecuali satu loji terletak di kawasan luar bandar,” menurut laporan itu.

Minggu lalu, ISIL mengisytiharkan pembentukan Negara Islam di bawah pentadbiran Khalifah Islam diketuai Abu Bakr al-Baghdadi.