• Parti PAS Parti PAS
1 / 1
SHAH ALAM - Pimpinan Pas Pusat dan Selangor dijadualkan bertemu hari ini bagi membincangkan suasana politik negeri Selangor.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu Sinar Harian, perjumpaan itu bukan khusus berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata tetapi turut membincangkan perkara lain juga.

“Kita mahu bincang perkembangan politik di Selangor dalam pelbagai sudut,” katanya.

Terdahulu, isu jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim panas apabila terdapat gesaan agar beliau melepaskan jawatan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad turut mengesahkan perjumpaan itu.

“Ya, ada pertemuan antara Pas Pusat dan Pas Selangor Ahad ini.

"Pusat hendak dengar pandangan Adun, Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas Kawasan berhubung isu menteri besar,” katanya.