Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM, MAKA MEREKA BUKAN LAGI ISLAM

Peristiwa Yang Memalukan Di Bulan Ramadhan.....

Buku pegangan pengikut ajaran Tarekat Tarjani punca solat dua imam serentak
Kejadian solat dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti di Kelantan dipercayai berpunca daripada sebuah buku yang dipegang oleh pengikut ajaran Tarekat Tarjani di situ, yang kandungannya didakwa bercanggah dengan ajaran Islam.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) berkata, hasil perbincangan antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bersama kumpulan ajaran tarekat tersebut mendapati para penduduk enggan mengikuti solat berjemaah oleh kumpulan itu sehingga mereka membentuk jemaah solat baharu. 
"Pihak Maik mendapati kumpulan tersebut menggunakan sebuah buku yang kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam dan jemaah ulama telah pun melarang penggunaan buku tersebut," katanya semasa dihubungi hari ini.
Akhbar tersebut dipetik melaporkan, perbezaan fahaman agama Islam ini membawa percanggahan pendapat seterusnya berlaku kejadian perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.
Perebutan saf hadapan ini menyebabkan sekumpulan jemaah yang lain solat di belakang jemaah pertama.
Bagaimanapun katanya, perkara ini diserahkan kepada Maik dan pihak yang berkaitan untuk siasatan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Mohamad Shukri berkata, kejadian solat dua imam serentak dalam satu masjid tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
Katanya, bulan Ramadan sepatutnya menjadi platform untuk umat Islam bersatu dan bukannya menimbulkan perpecahan sehingga membawa kepada kejadian ini.
Tindakan para penduduk di situ juga dilihat terlalu mengikut emosi sehingga sanggup melanggar hukum agama. –  Bernama, 7 Julai, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.