Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM ANJING SALAK BUKIT. BUKIT TAK JUGA RUNTUH !

Monday, July 7, 2014

Tan Sri Khalid gelakkan usaha sebar khabar angin beliau letak jawatan..


Menerusi aplikasi WhatsApp semalam tersebarnya berita kononnya Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor pagi tadi untuk menyerahkan surat peletakan jawatan.

Mesej berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh ahli PKR di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Khalid itu.

Mesej itu bertulis...
”Latest dari sumber media: Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengadap ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu.”

Ekoran itu, pekarangan istana Selangor menjadi perhatian pemberita yang setia menantikan kelibat pemimpin berkenaan tapi hampa sebab dah kena tipu kerana mesej tersebut hanyalah propaganda pihak yang mahukan Khalid lepaskan jawatan MB itu..

Malah yang terbaru hari ini, satu lagi mesej tersebar kononnya jawatan Abdul Khalid akan digantikan oleh Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad.
“Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada DYMM Tuanku Sultan. Exco Kerajaan Negeri YB Iskandar Abdul Samad telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 2.00 petang ini - Bernama."

Tapi... Bernama dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan MB Selangor itu. 

Sementara itu, wakil media turut berkumpul di bangunan Darul Ehsan menantikan Abdul Khalid yang sedang bermesyuarat bagi menjawab desas-desus yang bertebaran ini.

Dan sekali lagi mereka hampa bila soalan mereka digelak oleh Tan Sri Khalid...
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perbuatan pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau meletakkan jawatan hari ini "hanya sia-sia belaka". 
"Itu (peletakan jawatan) tidak benar, saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu mesyuarat selepas ini. 
"Tak apalah, maknanya orang yang menyebarkan itu buang masa," kata beliau sinis sejurus tamat mesyuarat perancang ekonomi Selangor di Bangunan Darul Ehsan hari ini. 
Bagaimanapun Khalid tidak mauu mengulas lanjut dan lebih gemar ketawa ketika dikerumuni wartawan yang menunggu di beberapa tempat sebelum ini sejak jam 9 pagi. 
Malah beliau hanya tergelak apabila ditanya sama ada khabar angin itu disebarkan pesaing dalam partinya sendiri. 
"Haha..itu tak mengapa, bulan puasa saya tak boleh cakap benda yang tak betul," kata beliau sebelum terus menaiki kereta yang menunggu di hadapan bangunan itu. 
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor yang turut menghadiri mesyuarat, Iskandar Ab Samad menafikan laporan beliau akan menggantikan Khalid. 
"Memang tak betul. Saya fikir spekulasi itu tak benar," katanya ringkas sebelum berlalu pergi ~ Malaysiakini
Khalid dimesyuarat perancang ekonomi Selangor di Bangunan Darul Ehsan hari ini

Anda mungkin juga meminati:
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.