• Penduduk Israel berjalan ke arah tempat perlindungan bom selepas siren amaran roket berbunyi di bandar selatan Ashkelon semalam. - Foto EPA Penduduk Israel berjalan ke arah tempat perlindungan bom selepas siren amaran roket berbunyi di bandar selatan Ashkelon semalam. - Foto EPA
1 / 1
GAZA – PALESTIN. Sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila satu lagi siri serangan udara Israel terjadi di bahagian tengah dan selatan Gaza.

Menurut pasukan perubatan, antara yang terbunuh termasuklah tujuh wanita dan kanak-kanak.

Menurut seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan pertama dilaporkan berlaku di sebuah kafe di Bandar Khan Yunis yang mana telah mengorbankan enam orang awam manakala 15 yang lainnya mengalami kecederaan.

“Serangan kedua dilancarkan di kem pelarian di tengah Gaza, mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan yang lain.

“Serangan seterusnya berlaku di dua buah rumah di Khan Yunis di mana tiga wanita dan empat kanak-kanak terbunuh,” katanya kepada sebuah agensi berita hari ini.

Pada hari Selasa, serangan udara yang dilancarkan Israel telah mengorbankan sebanyak 21 nyawa yang tidak berdosa.

Semalam, seramai 29 rakyat Palestin lagi terbunuh melalui siri serangan Israel, sekaligus membawa jumlah kematian kepada 64 orang.

10 wanita dan 18 kanak-kanak adalah antara yang terkorban dalam serangan di Gaza kali ini.