Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, July 10, 2014

Gaza: Angka kematian mungkin lebih dari yang dilapor media asing..


Angka kematian akibat serangan udara Israel mungkin lebih daripada angka yang telah dilaporkan oleh media antarabangsa.

Wartawan dan aktivis dari Gaza, Omar Ghraieb, berkata angka kematian pada hari kedua sahaja sudah mencecah 72 orang dengan lebih 500 orang tercedera.

Sementara itu, AFP melaporkan 70 orang terbunuh apabila serangan memasuki hari ketiga. "Tentera Israel mensasarkan 50 buah rumah pada hari pertama.

Mungkin 50 buah lagi semalam. Oleh itu, jumlah kematian pasti terus meningkat. Sudah terlalu banyak kematian dan kecederaan yang berlaku di hadapan mata.

"Apa yang pelik ialah bagaimana Israel akan mengebom sekali lagi rumah-rumah yang sudah dibom dan terus mengebom berulang kali Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza walaupun ia telah dibom dan dimusnahkan beberapa tahun lepas," tulis Ghraieb dalam blognya GazaTimes.blogspot.com sebagai satu cara untuk berkongsi pandangan peribadinya tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.

Beliau menambah, penggunaan kereta kebal, kapal perang, dan pesawat seolah-olah seperti satu peperangan yang besar.

"Israel mengebom sebuah kereta media di Rimal, pusat bandar Gaza. [Israel] juga mengebom ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di utara Gaza di mana tiga kakitangan perubatan tercedera.

"Kebanyakan yang mati dan cedera ialah wanita dan kanak-kanak. Itu menyakitkan hati saya," tulis Omar lapor AstroAwani

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.