Thursday, July 10, 2014
Perang Iraq/Syria: PAS tegas pilih demokrasi dan pilihanraya - Presiden PAS
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
PERKEMBANGAN TERKINI DI IRAQ/SYRIA
10 Julai 2014/ 12 Ramadhan 1435H
Parti
Islam SeMalaysia (PAS) meneliti dengan penuh berhati-hati terhadap
perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria dan meminta kepada
ahli, penyokong dan seluruh rakyat supaya dapat memahami segala bentuk
percaturan yang sedang berlaku dengan proksi - proksinya.
Adalah
ditegaskan bahawa PAS adalah tetap mengambil pendekatan demokrasi
menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada
semua rakan – rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Ini jugalah
yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti – parti
berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and
Social Researches Center di Turki pada bulan lepas. Pendekatan ini
adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri
umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan
demokrasi.
Sebab
itu PAS tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan
Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman
negara umat Islam. Ianya juga bercanggah dengan konsep jihad dalam
al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa' di sepanjang
zaman. Para Khulafa' ar-Rasyidin, Zaman Amawiyah, Zaman Abbasiyah dan
Zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat,
dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat. Sehingga
Saidina Ali bin Abi Talib R.A hanya bertindak kepada golongan Khawarij
apabila mereka mengangkat senjata. Apabila mereka tidak mengangkat
senjata, maka dihadapinya dengan sabar.
Begitulah
kaedah kita menghadapi kerajaan-kerajaan yang zalim sepanjang zaman
dalam krisis dalaman umat Islam. Bahkan kerajaan Uthmaniyyah sendiri
semasa pemerintahan mereka telah meletakkan kumpulan Druze yang dianggap
kumpulan serpihan umat di luar daripada Islam ke satu kawasan di
Lubnan, dan kumpulan Yazidiyah diletakkan di Iraq tanpa pendekatan
secara bersenjata. Pendekatan ini juga adalah metode yang berasalkan
dari pendekatan kajian ulama -ulama di masa itu, untuk mengelakkan diri
dari orang –orang dan kelompok yang jahil dalam masalah agama sehingga
merosakkan umat sendiri dan menghukum tanpa hati-hati.
Dengan
sebab itu, PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli PAS
terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal samada di luar negeri ataupun
di dalam negeri. Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak
akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS
0 orang berkata:
Post a Comment