Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Tuesday, July 8, 2014

Isu Jawatan MB Selangor: Apa kata Azmin Ali?

"Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita ajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.
    
"Di bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan untuk bantu rakyat," katanya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
    
Beliau berkata isu pertukaran Menteri Besar itu bukan keperluan dan agenda utama parti buat masa ini.
 
 
"Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita ajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.
"Di bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan untuk bantu rakyat," katanya.
    
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BBC Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.
    
Berita peletakan jawatan Abdul Khalid mula tersebar sejak malam Ahad lepas melalui pelbagai aplikasi sosial termasuk Whatsapp.
    
Kandungan maklumat itu menyatakan Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meletak jawatan sebagai menteri besar.
    
Mengulas mengenai mesyuarat kelab itu yang didakwa turut mencapai kata sepakat bagi menyatakan undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid, Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR, menafikannya.  
    
"Pilihan raya sudah selesai, keputusan telah dibuat dan sekarang masa untuk kerja. Bila ada keperluan untuk membincangkan perkara (pertukaran MB) itu kita akan bincang secara kolektif," katanya.
    
- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.