Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, July 8, 2014

Ngeri: Tiang Lampu Menusuk Perut.....

Perut lelaki Nigeria tertusuk tiang lampu
TIANG lampu tertusuk pada perut lelaki Nigeria dalam kemalangan di Seremban awal pagi ini
 PIHAK Bomba mengeluarkan lelaki Nigeria yang tertusuk tiang lampu di perutnya
 MANGSA dibawa ke hospital bersama dengan tiang lampu


SEORANG  lelaki warga Nigeria yang terpaksa menahan kesakitan apabila tiang lampu menembusi perutnya selepas terlibat dalam kemalangan di susur masuk Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) arah Mantin, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, mangsa, Akpropra Ediowei Pripn, 22 (gambar), cedera parah di bahagian perut apabila sebahagian hujung tiang lampu lebih kurang 10 meter panjang itu menembusi perutnya.
Jurucakap polis berkata, mangsa bersama tiga rakannya yang juga warganegara Nigeria dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Mantin menaiki kereta jenis Honda Saloon.
Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu rakan mangsa telah melanggar tiang lampu yang sebelum itu tumbang di atas jalan. Akibatnya, tiang lampu itu menembusi kereta dan tertusuk badan mangsa di bahagian perut.
Sementara itu, menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N.Sundram, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pagi dan tiba kira-kira jam 5.49 pagi di lokasi kejadian.
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa selama 20 minit untuk memotong besi berkenaan bagi memastikan mangsa selamat. Ketika pemotongan dilakukan mangsa dalam keadaan sedar dan terpaksa menahan sakit.
Pihak ambulan terpaksa membawa mangsa bersama tiang lampu yang masih tertusuk di bahagian perut ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Difahamkan, mangsa yang cedera parah itu kini stabil selepas tiang besi berjaya dikeluarkan melalui pembedahan. - MG

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.