Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WOIIIT ? BERSEDIA KOME ! DEPE MULA CAKAP DAAAAH !

Sabtu, 5 Julai 2014

Muhyiddin hilang moral ugut insiden 13 Mei akan berulang, kata DAP

Lim Kit Siang mengganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memeranjatkan kerana tidak pernah ada pemimpin tertinggi negara secara terbuka memberi ancaman 13 Mei seperti beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2014.
Lim Kit Siang mengganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memeranjatkan kerana tidak pernah ada pemimpin tertinggi negara secara terbuka memberi ancaman 13 Mei seperti beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2014. 

DAP menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak bermoral susulan kenyataan amaran 13 Mei mungkin berulang hari ini dalam Utusan Malaysia.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu tidak mencerminkan sikap kerajaan sebagai pemerintah dimana sepatutnya mempertahankan kepentingan semua rakyat.
"Hinggalah kenyataan satu lagi insiden 13 Mei tidak mustahil berulang, ia menunjukkan timbalan perdana menteri hilang moral dan pertimbangan politik untuk terus memerintah negara," kata Lim, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Sebaliknya, Lim berkata kenyataan Muhyiddin itu secara tidak langsung adalah kegagalan polisi kesederhanaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Muhyiddin sendiri mengakui kegagalan kerajaan BN dalam polisi membentuk keharmonian negara di bawah Najib sejak lima tahun lalu," kata Lim.
Menurut Lim lagi, konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib selama ini juga hanya tinggal nama sahaja.
"Ini bermakna kegagalan sepenuhnya polisi 1Malaysia yang dicipta selama ini," kata beliau.
Malah, Lim mengganggap kenyataan Muhyiddin itu memeranjatkan kerana tidak pernah ada pemimpin tertinggi negara sebelum ini yang secara terbuka memberi ancaman 13 Mei seperti beliau.
"Tidak ada perdana menteri atau timbalannya di Malaysia yang keluarkan kenyataan sebegitu sepanjang tempoh empat dekad ini," kata Lim.
Muhyiddin dipetik berkata hari ini dalam akhbar Utusan Malaysia tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara.

Menurut Muhyiddin, ketegangan dan hubungan tidak baik antara kaum memungkinkan insiden itu berulang lagi.
"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969)," kata Muhyiddin semasa menghadiri majlis berbuka di Johor semalam.
Pertikaian kaum dan agama sering diperdebatkan di dalam negara, tidak kurang juga ada yang mencetuskan kontroversi.
Beberapa insiden provokasi yang dilakukan kumpulan pendesak Melayu yang juga penyokong kuat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan, malah seakan-akan mendapat restu daripada pemerintah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.