10/08/14
Pintu PAS terbuka untuk Khalid, kata MB Kelantan
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid
Ibrahim boleh menyertai PAS selepas dipecat dari PKR, kata Menteri Besar
Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS.
"Terpulang kepadanya untuk menyertai PAS
memandangkan beliau bukan lagi ahli PKR sekarang," katanya selepas
menghadiri majlis Hari Raya anjuran Perbadanan Ekonomi Negeri Kelantan
di Kota Baru.
"Tetapi, apa pun kita perlu tunggu hasil
pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menghadap
baginda untuk mendapatkan nasihat bagi langkah seterusnya," kata Ahmad
dipetik The Star Online hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment