Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUUUUHAI, CAM MANA NIH !

Isnin, 11 Ogos 2014

Exco tak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.
 
 Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan. 
 
Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.  
 
 Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri. 
 
"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang untuk bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Rakyat Selangor mahu TSKI kekal MB SELANGOR..
dswa dan dsai blh blik penang cuba nsb kt sana plk dgn lim guan eng... ada bran....!

Anonymous said...

Betoi dia orang pmtg pauh. Cubalah jolok guan eng. Berani ke. Pru 14 jangan kasi naik rafizi,saifudin,azmin,zuraida,makcik yg ingin jagi mb. Kasi anwar tutup kedai terus,balik kampung. Yang pasti baik keputusan ialah sultan. Allahuakhbar

Anonymous said...

Orang tua-tua kata orang yang tamak selalu rugi... Betul la. Tindakan memakan diri dan akan hancur serta tinggal mimpi ngeri.. Nanti

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.