Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 17 Ogos 2014

MB Selangor : PR Hanya Hantar Nama W.Azizah,Azmin Tarik Diri


Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Sebagai timbalan presiden parti saya akur dengan keputusan parti PKR mencalonkan Wan Azizah seperti yang dipersetujui dalam akuan bersumpah yang ada.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata beliau ringkas.

Azmin: Parti lebih penting

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.

"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.

"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata beliau.Azmin turut menafikan khabar angin beliau bertegas mahukan jawatan itu.M'kini

4 orang berkata:

Anonymous said...

apapun keputusannya... pemutusnya Sultan. ..cuma 2 ekor yg khianat arahan parti PAS tu harap dapat dihapuskan dari PAS atau PAS akan terus dipermainkan!!! Kalau PKR nak anbil, biarlah tp itu khianat kawan namanya. pecat bukan sebab sokong azizah... tp khianat dan langgar arahan parti! tski langgar arahan parti boleh dipecat... pasal apa 2 ekoq tu tak boleh dipecat??? kredibiliti PAS bakal dipersoalkan kalau 2 ekoq ni masih dlm PAS. PKR DAP tlg diam dlm hal ni!!!

Unknown said...

x yh pct plau je biar angkt kki sndri.

chenminghui said...

longchamp outlet online
canada goose outlet store
pandora outlet online
michael kors outlet
ugg boots on sale
michael kors outlet online
kate spade outlet
canada goose jackets
nike air max
valentino outlet store
chenminghui20180327

chenminghui said...

pandora outlet
mbt shoes
cheap oakley sunglasses
christian louboutin
michael kors outlet online
canada goose outlet
michael kors outlet
fred perry clothing
oakley sunglasses wholesale
pandora charms
chenminghui20180327

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.