Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI DAN PIMPINAN PAS AKAN MENURUT ARAHAN PARTI.


Pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari PAS Pusat berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.

PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian PAS tentang kedudukan Tan Sri Khalid.

Walau bagaimanapun Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lepas telah mengarahkan Exco-Exco PAS agar terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Oleh yang demikian Exco-Exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar.

Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli PAS akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti.

PAS Selangor berharap kemelut ini akan dapat diatasi secepat mungkin dan Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Negeri Selangor.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.