Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK SELANGOR BANGKIT

Menteri besar perlu anak jati Selangor

  • Muhammad Arif (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Muhamad Munir. Muhammad Arif (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Muhamad Munir.
1 / 1
SHAH ALAM – Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) melahirkan kebimbangan sekiranya jawatan Menteri Besar Selangor baharu yang mungkin diberikan kepada anak bukan kelahiran negeri itu.

Yang Dipertua GIBS, Dr Muhammad Arif Mohd Hashim berkata, jawatan menteri besar harus diberikan kepada individu dalam kalangan anak jati negeri Selangor.

"GIBS sudah menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan pelantikan jawatan Menteri Besar Selangor yang menjadi rebutan sejak akhir-akhir ini.

"Kami berharap memorandum tersebut disampaikan kepada baginda Sultan bagi memastikan segala perancangan dan pembangunan negeri ini dari aspek fizikal, rohani dan pembangunan dilaksanakan dengan penuh integriti, serta tidak mendahului kepentingan sesiapa," katanya.

Bagaimanapun, GIBS tidak akan menentang keputusan pelantikan menteri besar yang dibuat Sultan Selangor.

“Kami sudah sedia maklum bahawa pelantikan jawatan menteri besar merupakan kuasa budi bicara Tuanku, seperti diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Kami akan terus menyokong pelantikan menteri besar yang mendapat perkenan Tuanku,” jelasnya.

Penyerahan dilakukan di Istana Bukit Kayangan, di sini dan diterima Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani, Selasa lalu.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Raso- raso den org pkr la ni x de.anak jati selangor. Bagi kat org selangor la jwt MB. Jgn la gatai dok sibuk sgt rmh org..he..he jgn marah pkr..ini nasihat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.