• Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM – [VIDEO] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan khas bersama Exco Kerajaan Negeri esok bagi mengetahui pendirian mereka terhadap kepimpinannya.

Menurut Abdul Khalid, pertemuan itu akan melibatkan Exco dari PKR dan DAP untuk bekerjasama dan memberi kepercayaan kepada beliau bagi mengendalikan mesyuarat Exco dan menerajui kerajaan negeri selepas PKR memecat keahliannya.

“Saya akan bertemu dengan wakil dari PKR dan DAP esok untuk mengetahui persediaan mereka untuk bekerja dengan saya," katanya kepada pemberita di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Khalid juga menegaskan, mana-mana Exco yang tidak boleh bekerja dibawah pentadbirannya dinasihatkan untuk meletak jawatan.