Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERANI BUAT BERANI LA TANGGUNG



Wednesday, August 13, 2014

Saifuddin Nasution Pendusta, Penyebar Fitnah, Pengkhianat Tajaan PKR

Saifuddin Nasution Pengkhianat Tajaan PKR
 
Saifuddin Nasution Pendusta, Penyebar Fitnah
 
Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat tuntutan kepada Datuk Saifuddin Nasution bagi memaksa setiausaha agung PKR itu memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang memburuk-burukkannya.

Surat sepanjang 13 halaman itu dihantar melalui peguam Khalid dari firma Bon Advocates pada Isnin malam.

Khalid menuntut Saifuddin menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf agar beliau tidak memulakan tindakan undang-undang.

Khalid dipecat daripada parti itu pada hari Sabtu lalu kerana enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Laporan PKR itu antara lainnya membangkitkan kes hutangnya dengan Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex dan kutipan sampah di negeri itu.

Ia turut mempromosi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan kedudukannya sebagai menteri besar.

Salinan laporan tersebut dihantar kepada pemimpin Pakatan termasuk ketua umum (KETUM) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Salinan laporan PKR bertarikh 4 Ogos itu turut dihantar kepada jawatankuasa pimpinan pusat ketiga-tiga parti yang menganggotai Pakatan dan wakil rakyatnya.

Khalid mendakwa, laporan tersebut menggambarkan bahawa beliau terlibat dengan cara tidak mengikut undang-undang dalam penyelesaian hutang Bank Islam, terlibat dengan rasuah, tidak ikhlas, hipokrit, tidak beretika, tidak layak menjadi menteri besar dan menyalahguna kuasa demi kepentingan sendiri.

Difahamkan, Khalid akan mengemukakan lebih banyak surat tuntutan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Klau dh ada plan nk bersekongkol dgn umno bn biasalah tu..apa pn saifuddin teruskn perjuangan..wlaupn ianya berisiko namun percayalah majoriti rakyat selangor akn tetap mnyokong anda..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.