Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BETUL KE TIGA ADUN HILANG ?

Monday, August 11, 2014

Timbalan Presiden PAS - “Pelawa Abdul Khalid? Pas akan bincang,”

Pas Selangor Bincang Pelawa Khalid Ibrahim

GOMBAK - Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad tegas menyatakan semua Exco parti itu terus menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tidak akan melepaskan jawatan seperti didakwa.

Mengenai khabar angin pelawaan Pas untuk Abdul Khalid menyertai parti itu, Iskandar memaklumkan perkara itu masih belum diputuskan Pas Pusat.

“Buat masa ini Exco Pas Selangor akan meneruskan pentadbiran negeri seperti biasa kerana tidak adil untuk rakyat.

“Kami akan beri kerjasama kena fikirkan rakyat. Jika berhenti atau tak beri kerjasama, ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pas, di sini, semalam.

Iskandar berkata, Exco Pas tidak ada masalah dan kekal dengan pendirian Pas Selangor, Majlis Syura dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menangkis dakwaan akan wujudnya Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya pembubaran Dun berlaku.

“PRN.... tidak sampai tahap itu tapi sebagai parti politik kita sentiasa berdepan apa saja termasuk PRN,” katanya.

Ketika ditanya mengenai potensi dirinya dinamakan sebagai calon menteri besar, Iskandar berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Saya tidak tahu pasal jadi calon menteri besar, di peringkat bawah Pas akan jalankan tugas seperti biasa,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai pelawaan Pas untuk Abdul Khalid menyertai parti itu beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan.

“Pelawa Abdul Khalid? Pas akan bincang,” katanya, ringkas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.