Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIARLAH MATI DALAM JAMA'AH

Khamis, 14 Ogos 2014

Krisis Selangor : Biarlah Kita Mati Dalam Jemaah ~ Adun Pas Meru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.

Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat."Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.TMI

3 orang berkata:

Anonymous said...

Saya harap pemimpin cepat buat keputusan nk bersama pr atau khalid n umno

Anonymous said...

bila pulak khalid jadi umno? ikut suka PAS la dia nak sokong sapapun... asalkan kebajikan rakyat selangor terjaga. dulu bila DAP PKR lantang belasah hudud.. PAS tetap istiqomah sorang-sorang... ada kawan.. kawan tikam belakang. jadi la ni DAP PKR tolong diam!!!

Anonymous said...

Umno x masuk senarai. Oleh itu pkr& dap x pyh paksa pas. Pas jalan lurus, dap jalan depan, pkr jalan belakang. He..he

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.