TAK BETUL PASAL TAK YAKIN SAMA WAN AZIZAH, TAPI TAKUT NANTI SULTAN MAHU ANAK JATI SELANGOR, SEBAB ANAK SELANGOR SUDAH ADA YANG SOUND, KALO ASAL DARI INDON KE CINA KE TAU INDIA KE LAGI LA TAK LEH, GOMBAK OK JEW ! - Pak Karamu
Calon dua nama bukti Pas tidak yakin Azizah
SHAH ALAM - [VIDEO]
Keputusan Pas yang turut mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed
Azmin Ali selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi
jawatan Menteri Besar Selangor menunjukkan parti itu masih mempunyai
keraguan terhadap Wan Azizah.
Menjelaskan kepada Sinar Harian Online hari ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat oleh Pas berdasarkan pengalaman Azmin yang cukup matang dalam politik pentadbiran di negeri Selangor.
“Saya rasa apabila ada satu lain pilihan diberikan (bagi calon jawatan Menteri Besar Selangor), bermakna Pas tidak bersetuju sepenuhnya dengan Wan Azizah.
Azizah selaku Presiden, jika ditolak boleh beri gambaran kurang baik seolah-olah Timbalan Presiden lebih disenangi. Mungkin juga Azmin menjadi pilihan kerana Azizah kurang pengalaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Menurutnya lagi, keputusan Pas mencalonkan Azmin bagi jawatan Menteri Besar Selangor juga menunjukkan seolah-olah Azmin lebih berkelayakan dalam menyandang jawatan tersebut.
“Saya tidak tahu sama ada perlu ada alasan untuk diberikan namun Azmin mungkin dilihat sebagai pengganti Abdul Khalid yang sesuai kerana kedudukannya sebagai Timbalan Presiden (PKR) dan juga tanggungjawabnya ke atas PKR di Selangor,” katanya lagi.
Sivamurugam menambah, keputusan Pas yang menaikkan dua nama tersebut memberikan impak yang besar kepada perikatan PR.
Ia juga dikatakan boleh mendatangkan kesan dari segi kompromi dalam jangka masa panjang ke atas semua parti dalam PR.
“Ia merupakan implikasi U-Turn besar kepada Pakatan Rakyat sebenarnya. Ia seolah-olah memberi persepsi bahawa Pas sukar untuk buat keputusan dan susah untuk bekerjasama. Ia boleh mendatangkan kesan dalam jangka panjang.
“Rakyat Selangor mungkin sudah bosan dengan isu berpanjangan ini dan diharap ia tidak berakhir di pilihan raya negeri,” jelasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment