• La Ode Ardi Rasila La Ode Ardi Rasila
1 / 1
SHAH ALAM - Pengawal keselamatan warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazitta Abu Talib, 37, di USJ, dekat sini, dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati sebenar tadi oleh Mahkamah tinggi selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir  terhadap La Ode Ardi Rasila, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

La Ode juga dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melakukan rompakan dengan menggunakan senjata api.

Berdasarkan pertuduhan, La Ode Ardi Rasila, 37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6.00 petang hingga  jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia juga turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Negeri, Mohd Azari Haron bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md Kamal.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung sejak 24 Jun lalu.