• Ean Yong Hian Wah Ean Yong Hian Wah
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Exco DAP, Ean Yong Hian Wan melahirkan kekecewaan kepada empat Exco Pas yang hadir ke Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau berkata, DAP kecewa dengan tindakan tersebut yang didakwa melanggar prinsip kerjasama dalam PR yang turut dianggotai oleh Pas.

“Ini menunjukkan Pas tidak kisah mengenai kerjasama dengan PR. Saya seru kepimpinan tertinggi PR untuk bincang berkenaan hal ini secepat mungkin dan membuat keputusan dengan segera,” katanya.

Beliau turut menyelar kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang.

Beliau menggesa Abdul Khalid untuk melepaskan jawatannya serta- merta dan memberikan hak kepada rakyat untuk menentukan kepimpinan yang bakal menggantikannya.

“Abdul Khalid harus ingat bahawa mandat yang beliau ada sekarang ini diberikan rakyat pada Mei lalu melalui PR.

"Oleh itu saya meminta beliau untuk letak jawatan serta-merta dan biar rakyat yang menentukan,” katanya.