Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GATAI MULUT KALAH JADI ARANG MENANG JADI ABU

JIKA SUDAH BANYAK SANGAT ORANG PANDAI BERCAKAP MAKA INILAH PUNCA DUN SELANGOR BUBAR MULUT BUSUK MENJADI GATAI, MENYELIT HANYA MENGERUHKAN SUASANA, JIKA TEMERLOH TAK JAWAB MAKA SIKAP BIADAP KELANG INI AKAN MENARIK PERHATIAN UMUM PULA KERANA TIDAK MENGHORMATI KEKETAPAN PAS PADA 17 OGOS YANG HANYA BEBERAPA HARI SAJA LAGI, JADI TEMERLOH KENA JAWAB, INILAH YANG KITA KATAKAN GATAI MULUT - Pak Karamu

 

Thursday, August 14, 2014


Pemimpin DAP beri kata dua kepada PAS, bersama ‘pengkhianat’ atau Pakatan



 


Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendesak PAS berhenti daripada melengah-lengahkan masa ketika krisis menteri besar Selangor semakin meruncing.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendesak PAS berhenti daripada melengah-lengahkan masa ketika krisis menteri besar Selangor semakin meruncing. –

Ahli Parlimen Klang daripada DAP Charles Santiago memberi kata dua kepada PAS untuk menyatakan pendirian, sama ada menyokong pengkhianat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Pakatan Rakyat (PR).

Santiago berkata PAS perlu berhenti daripada melengah-lengahkan masa pada ketika krisis menteri besar Selangor semakin meruncing.

"Mereka perlu menyatakan pendirian sama ada mahu bersama PR atau tidak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami sebagai rakyat perlu tahu kesetiaan PAS," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kesetiaan PAS apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menghadiri mesyuarat bersama Khalid semalam dan masih kekal sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco).

"Sebarang alasan diberikan kepimpinan PAS menyokong kehadiran exco adalah naif dan tidak masuk akal," katanya.

Semalam, empat exco PAS tetap menghadiri mesyuarat bersama Khalid walaupun sebelum itu DAP dan PKR menggesa supaya tidak menghadirinya.

Santiago menyifatkan imej Khalid sudah hancur kerana pengkhianatannya.

"Pada masa saya menulis ini, imej dan reputasi Khalid sudah berkecai, angkara keangkuhan dan pengkhianatannya kepada parti dan PR yang melantiknya sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Beliau juga mencabar Khalid supaya mengusulkan undi tidak percaya ke atas dirinya dan tidak bermain politik kotor secara bersembunyi.

"Tapi untuk masa ini, Khalid sudah mengkhianati para pengundi," katanya.

Kemelut di Selangor semakin meruncing selepas Khalid mengambi langkah drastik memecat exco Selangor daripada PKR dan DAP, serta menegaskan beliau masih menteri besar yang sah selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Susulan perkembangan tersebut, PKR dan DAP mendesak PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan segera tanpa perlu menunggu mesyuarat 17 Ogos ini. – 14 Ogos, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/





Zar Ali III's photo.Diharap Pemimpin2 PAS pun jangan lah main "TARIK TALI" - dari 10 Ogos - tunda 13 Ogos dan kali ketiga tunda 17 Ogos.....kenapa harus dibiarkan DAP DAN PKR ternanti nanti.... kalau memang tak setuju lagi dengan PKR DAN DAP - terus terang saja lah....kenapa ditunda tunda??

1 orang berkata:

Anonymous said...

Khalid kianat pd pkr @ pkr kianat kat khalid...khalid x kluar pkr ttp pkr yg membuang khalid. Dap punca semuanya sbb payah nak syuru bwh khalid. Kalau dap & pkr brani buang la pas dr pakatan...ado den kesah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.