Thursday, August 14, 2014
Isu Selangor: Please, don't question our commitment', kata PAS
Kenyataan Media (14 Ogos 2014)
NAIB PRESIDEN PAS
PAS
sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk
mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri
Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor
satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar
seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.
Pada
saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan.
Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah
mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)
di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we
should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.
Kita
bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita
perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa
kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran
(environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi
faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan
yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana
dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR
mesti ditegakan.
Berkaitan dengan isu ini dan
belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato'
Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya.
Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan
Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu
perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri
Kelantan (PMBK).
Isu Nepotisma dan intergriti
telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz
tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta
menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru
Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul
Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah -
keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,’the
interest of the many, outweigh the interest of the few’.
Parti
yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang
kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia.
Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh
seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti.
Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat
sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah.
Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada
'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al
Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan
keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...
Sebegitu
juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama,
perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada
dikalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'!
Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat
kepada rakyat.
Untuk tatapan kita bersama daripada
paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik
adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era
Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami
krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13)
yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita
bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini
terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita
hilang lagi sebuah kerajaan.
PAS perihatin di
dalam hal ini, bersama PKR & DAP kita berjuang menentang kezaliman,
menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang
sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak
rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan
padi!"
Justeru itu, di dalam pencalonan bakal
Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif
tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi
masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.
Kepada
rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam
perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma
dan nepotisma.
Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’
Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’
InsyaALLAH,
‘give us until 17th of August’ untuk membuat keputusan yang adil,
berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat
melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR,
sentiasa berkobar untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO /
Barisan Nasional (BN), amin!
HAJI SALAHUDDIN AYUB
Naib Presiden PAS.
3 orang berkata:
ni bukan ada sangkup paut dgn gelojoh. ada perkara perlu keputusan segera untuk elak mudarat.
lebai lebai PAS ni bodoh sebab lilit serban ketat sangat, oksigen tak sampai ke otak, otak lembap, sebab tu serba-serbi lembap.
yg tangguh buat keputusan tu sebab nak suruh PR tendang PAS, saja cari pasal, kalau kena tendang keluar PR senang sikit nak berpadu-padu dgn BN.
dasar lebai bodoh sombong, suka sangat bekerjasama dgn syaitan
Jgn pandai.maki wahai pkr. Pkr lebih syaitan drp segala syaitan. Korang yg buang org korang sendiri, pergi mampus jahanam la. Bubar dun ja biar melopong semua..bengong x reti nak ajar.
Kami pemuda bukit gantang taiping perak meminta lujnah politik pas mesyuarat mlm ini agar memecat adun hulu kelang-saari sugib dan adun morid-hasnol kerana melanggar arahan parti..
Post a Comment