Hadi Tolak Wan Azizah - Kemaskini Terbaru Krisis MB Selangor.
Catatan 12/8.
Kemaskini terbaru hasil dari maklumat malam tadi dan pagi ini.
1. Semalam kat wassap. Ada sebaran yang mengatakan Hadi langsung tidak mahu menemui Anwar. Kalau ikut sumber2 dari penyampaian maklumat mulut ke mulut, orang2 di sekeliling Hadi memang 'tak mesra' Anwar. Jadi tak aneh juga jika keputusan Hadi tidak akan condong kepada Anwar. Tapi jangan fikir bahawa aku sedang mengambarkan tindakan Anwar itu betul pula.
Bagi aku, PKR juga bukan berada di laluan yang betul untuk
membetulkan pihak lain. Cuma part tak jumpa tue aku tak boleh nak
pastikan lagi. Setakat neh semua hanyalah cakap2 yang tidak terbukti.
Anwar terbang ke Terengganu malam tadi sejurus badan majlis penasihat
raja perkenan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB.
2. Di berita pula, MKINI dah update bahawa Hadi enggan DSWA menjadi calon. Sebenarnya, PAS ada 15 kerusi. PAS bersetuju PKR berhak melantik MB dari wakilnya dengan syarat MB itu adalah Khalid Ibrahim. Bila berlaku perubahan, maka status kerjasama itu juga sepatutnya turut berubah la. Ikut perkembangan semasa.

PAS taknak terima DSWA sebagai MB bukan
disebabkan dia seorang wanita. Alasan dia seorang wanita itu ialah
alasan budak2 yang baru nak UP. Alasan sebenarnya ialah
kita-patut-tahu-kenapa. Bila DSWA dilantik menjadi MB maka ada
kemungkinan yang DSWA akan menerima arahan dari DSAI. Arahan dari DSAI
belum tentu favor kepada pendirian PAS. Ini salah satu sebabnya yang aku
perhatikan.
3. Aku ada juga membaca. Rafizi mengatakan PAS la yang paling banyak complain bab kepimpinan Khalid bahkan mahu menukar Khalid kepada orang lain. Yang complain Khalid ialah pesuruhjaya PAS yang lama, yang baru dia 'belum' complain banyak2 lagi. Itu antara fakta yang tak boleh diketepikan. Aku taknak cakap apa la, just nak buat penambahan maklumat je.
4. Khalid Ibrahim pada hari ini bertindak menyaman The Malaysian Insider atas laporan berunsur double standard dan menjatuhkan reputasinya.
5. Akhbar2 arus perdana mula mainkan kempen 'sayangi Khalid' untuk melemahkan intergriti Khalid. Aku rasa imej Khalid akan terjejas juga kalau dorang main persepsi macam tue. Kena faham. Orang muak dengan UMNO. Andaikata UMNO cuba diperlihatkan condong ke Khalid secara berlebihan2, ia akan mendorong rasa muak terhadap Khalid jua akhirnya.
6. Jika DUN Selangor mahu membuat usul undi tidak percaya, BN sebulat suara akan menyokong Khalid Ibrahim. Ini pendirian yang telah dinyatakan oleh Muhyiddin Yassin dalam berita malam tadi. Untuk rekod, BN ada 12 adun di Selangor.

Dalam kenyataan yang sama, TPM memberitahu bahawa
mereka akan sokong Khalid Ibrahim tanpa mengenakan apa2 syarat (yela
sangat tue). Noh Omar juga menafikan ada sebarang bentuk pakatan ataupun
kerjasama langsung antara UMNO dengan Khalid mahupun antara UMNO dengan
PAS bagi mempertahankan kedudukan Khalid (menafikan sebab belum ada
ikatan kerjasama secara muktamad).
7. Kemaskini dari TMI pula menyatakan pagi ini 32 adun dari PR telah menandatangani surat sokongan yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Khalid dan mahukan DSWA dilantik sebagai MB Selangor yang baru.
Setakat ini 15 daripada DAP.
13 dari PKR.
4 dari PAS.
Tapi tak pasti la maklumat ini sahih ke tidak. TMI tidak menyatakan sumbernya.
8. Dan, laporan Malay Mail pula menyebut pihak istana enggan menemui Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Anwar Ibrahim pada semalam telah menulis surat untuk menyatakan mahu berjumpa dengan pihak istana bersama isterinya bagi membincangkan perihal MB namun permintaan itu telah ditolak oleh pihak istana atas alasan yang nak jadi MB itu DSWA dan bukannya DSAI so apasal pula DSAI yang tulis surat untuk berjumpa? Surat tersebut tidak memenuhi 'prosedur' yang sepatutnya.

Aku rasa rakyat dah lama difahamkan
melalui kenyataan media dari beberapa pihak bahawa pihak istana sangat
tidak menyenangi 'DSWA' sebagai MB yang baru. Bahkan, rakyat Selangor
juga sangat tidak menyenangi dengan perlantikkan tersebut. Bukan ada
kaitan dengan statusnya sebagai wanita. Sebaliknya orang melihat kepada
krediblitinya dan kemampuannya untuk mentadbir.
Ramai orang belajar
tinggi2. Boleh hafal angka dan fakta. Top student sana sini. Tapi belum
tentu semua orang mampu jadi strategist. Untuk menjadi MB tak perlukan
ko untuk jadi top student pun. Janji kau mampu dan layak untuk mengawal,
memberikan arahan dan mampu berfikir secara strategist bagi
menyelesaikan masalah berbangkit.
Jangan tipu diri sendiri. Kalau pun ko
nak tipu diri sendiri, jangan heret orang lain untuk tipu diri mereka
sendiri. Kita semua tahu sejauh mana kemampuan DSWA. Terima hakikat itu.
Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/selangor-palace-rejects-pkrs-request-to-meet-over-khalid-sacking
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majoriti-adun-pakatan-selangor-tandatangan-surat-sokong-wan-azizah-jadi-mb
http://www.astroawani.com/news/show/anwar-terus-buntu-hadi-mahu-calon-lain-bukan-wan-azizah-sumber-41727
http://www.malaysiakini.com/news/271257

0 orang berkata:
Post a Comment