Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 18 Ogos 2014

MB Selangor : TG Nik Aziz Enggan Ulas Keputusan Pas,Kenapa ???

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendengar penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berhubung keputusan parti itu mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Enggan mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, Abdul Hadi akan bertemunya esok di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim dan segala-galanya akan dijawab selepas pertemuan itu nanti.

“Saya tidak boleh sebut sebelum beliau (Abdul Hadi) membuat kenyataan kerana itu peraturan, namun saya bersyukur pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut, walaupun mereka lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik,” katanya hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mahu penyokong Pas terlalu membicarakan sesuatu isu sehingga boleh merumitkan keadaan.

“Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah memperkatakan itu dan ini yang akhirnya akan merumitkan keadaan, apa pun kita berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan Pakatan Rakyat kekal,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dalam situasi genting Pas mengambil sikap bersabar walaupun politik Selangor amat tidak menentu. Sepatutnya dalam keadaan itu Pas mesti bermesyuarat tergempar walaupun pada pukul 3.00pagi. Ini urusan halatuju sesebuah negeri atau negara. Tidak boleh ditangguhkan.
Bagaimana kalau Pas meneraju Malaysia dan kita diserang oleh musuh dan Pas memaklumkan Presiden partinya sedang umrah dan akan balik lagi seminggu, baru boleh adakan mesyuarat untuk tidakan. Mampos semua kita.
Kalau untuk baca doa selamat memang boleh ditangguhkan, tetapi bila hal-hal kritikal ianya mesti disegerakan, bukan main tarik tali. Siapa lebih kuat. Hancur kalau macam tu.....

Unknown said...

itu le klu kita jngan bergbung ngan puakx ni kta dh lma ber juang bersndri knpa kita nk brgbung dngn puak ni kluvstkat nk jdi punching bag je.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.