Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU PASAL LA PAKATAN KENA DAFTAR, KASI HALAL LA !

14/08/14

Ke mana arah Pakatan Rakyat, soal Kit Siang

 
Krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu, kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini berkata, lebih teruk lagi apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya bergantung kepada kekuatan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BN akan tetap menyokong beliau terus berkuasa.

"Tidak dapat dibayangkan Khalid sanggup mendakwa kerajaan Selangor bukan kerajaan PR," kata Lim dalam kenyataannya.Adakah 4 anggota Exco PAS akan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika tidak menyertai PR dalam Pilihan Raya 2013?" soalnya.

Khalid semalam memecat 5 anggota Exco daripada DAP dan PKR, sebaliknya memilih untuk mengekalkan 4 Exco PAS.

Pemimpin DAP dan PKR secara terbuka menggesa Khalid melepaskan jawatannya bagi menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

PAS bagaimanapun masih lagi menyokong kepimpinan Khalid sehingga mesyuarat yang dijadualkan pada Ahad ini.

Anggota Exco yang dipecat bagaimanapun mempersoalkan tindakan Khalid yang memecat mereka sebelum menerima perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Muhyiddin sebelum ini berkata 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan BN memberikan sokongan tanpa syarat kepada Khalid.

PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 Adun.

PKR kini mempunyai 13 kerusi DUN selepas memecat keanggotaan Khalid Sabtu lalu.

"Quo Vadis, Pakatan Rakyat?" soal Lim.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.