Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

jika berlaku mulut celupar maka carilah puncanya

Dalam politik memang ada diantara ahli parti yang bersifat agrasif, mulut gatal tak boleh tahan, lalu terkeluarlah berbagai-bagai kenyataan, nak tahan tak boleh sebab ada puncanya menjadi demikian, kerana itulah setiap pemimpin kena bijak menilai sesuatu rancangan itu hendak dilaksanakan, "JANGAN IKUT PERASAAN" setiap parti ada dasar masing-masing, diharapkan mereka saling menghormati dasar tersebut, andainya menghormati dasar setiap parti dinodai dengan sifat panas baran, maka akibatnya sangat buruk tidak sebarang tanggung. 

Sudah diperingatkan oleh Presiden parti supaya bersabar dan tutup mulut NAMUN apabila ada diantara kawan yang terus tidak mahu tutup mulut malah tidak menghormati keputusan parti maka  akibatnya mulut tidak lagi dapat dikawal dan pencapaian penyelesaian akan menjadi jauh, ini semua adalah kegagalan pemimpin memahami pemgurusan kemanusiaan - Pak Karamu

Thursday, August 14, 2014

Mamat Ni Nak Menyelit Lagi? Mulut Orang Dibaunya Busuk, Mulut Kita Bau Longkang Tak Terhidu?

Nak warning-warning la pulak!
 
Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos
MP Temerloh, Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan hari ini menggesa agar paksaan dan sikap memberi kata dua selepas membuat keputusan sebelah pihak dijauhi dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sikap demikian boleh menyebabkan "sesuatu pakatan itu terjejas malah retak dan pecah apabila tiada lagi persefahaman dan persepakatan".
"Kalau nak berpakat janganlah memaksa. Amalkan mesyuarat bersama sebelum buat keputusan.

"Sikap bagi kata dua adalah suatu budaya peras ugut politik yang sangat kotor. Manakan tidak, setelah membuat keputusan lalu mengugut supaya dipatuhi keputusan tersebut sedang ia tidak dimusyawarah terlebih dahulu," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Walapun tidak merujuk kepada sesiapa secara langsung, kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden PKR, N surendran pagi tadi menggesa PAS agar membuat keputusan berkenaan krisis di Selangor dengan segera.

Surendran berkata PAS tidak perlu menunggu sehingga mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos ini untuk membuat keputusan.
 
"Sementara PAS mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti, usahlah mengugut dan beri kata dua kepada PAS.

"PAS bukan parti hingusan di persada politik tanahair untuk dibuli sedemikian rupa," kata Nasrudin menerusi laman 
Facebook beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.