Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA KITA DUDUK DENGAN ORANG YANG MAKAN NANGKA MAKA KITA DAPATLAH GETAHNYA

Thursday, August 14, 2014

iausaha Agun

Adakah PAS Akan Menconteng Mukanya Yang Telah Pun Huduh Dengan Memecat Hasnul Dan Saari Sungib?


Pada aku mereka berprinsip dan punya pendirian dan tidak lawa' melulu
Tapi dari segi organisasi PAS berhak memecat mereka kerana menongkah arus/engkar kepada arahan organisasi yang diwakili

Cuma persoalan di sini adakah Khalid lebih penting bagi PAS dari ahli yang sudah pun berjasa dan membantu parti?

Adakah PAS fikir mereka ini menang kerana undi Ahli PAS sahaja?


PAS akan siasat, tidak bertindak terburu-buru, kata Setg
Published: 14 August 2014
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan akan dibuat malam ini melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014. 


PAS tidak akan terburu-buru mengambil tindakan terhadap dua ahli dewan undangan negerinya (Adun) yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor tetapi akan menyiasat perkara ini.
"Kita akan menyiasat perkara ini dahulu," Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata kepada The Malaysian Insider sambil berkata, perbincangan terdekat akan dibuat malam ini melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu.
Mustafa mengulas tindakan dua Adun PAS berpecah dari pendirian keseluruhan PAS dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi menteri besar menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini.
Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 dari 56 ahli.
Hasnul dan Saari antara pemimpin dan Adun PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.
Ekoran tindakan mereka berdua berpecah dari kelompok besar PAS, desakan demi desakan dibuat ahli PAS agar kedua-dua mereka dipecat.
Dalam kenyataannya di majlis pengumuman sokongan itu, Saari berkata, beliau sedia menghadapi sebarang tindakan dari PAS.
"Saya yakin pendirian saya hari ini tidak melawan dasar PAS kerana parti saya sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada Pakatan," kata Saari kepada media sambil menegaskan tindakannya bertujuan untuk memastikan Selangor terus kekal di tangan Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam kenyataannya melalui
Facebook
 mendesak Setiausaha Agung PAS memanggil kedua-dua Adun berkenaan segera.
Beliau juga menegaskan, Umno tidak perlu bermimpi untuk bersama PAS. "Kami akan bersama Pakatan seperti ditegaskan oleh Presiden dan Majlis Syura Ulama," katanya.
Selepas mesyuarat Lajnah Politik malam ini, mesyuarat penuh AJK PAS Pusat akan diadakan Ahad ini bagi membincangkan isu menteri besar Selangor. – 14 Ogos, 2014.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Den raso nuar ni nangka. Dia punya pasal ramai kena getahnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.