Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAMU MAKI HAMUN LA LAGI DENGAN KHALID TU, KO RANGPUN MACAM SYAITAN

Sabtu, 16 Ogos 2014

MB Khalid ‘pentingkan diri’ jika bubar DUN, kata Guan Eng

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal dilihat "begitu mementingkan diri sendiri" sekiranya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan jelas beliau kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata Lim Guan Eng. Setiausaha Agung DAP itu berkata, pembubaran sidang DUN bercanggah dengan prinsip sebenar demokrasi.
 
 "Itu menunjukkan beliau sangat mementingkan diri dan membelakangkan prinsip demokrasi, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan mandat rakyat untuk kekal sebagai menteri besar. 
 
 "Itu menunjukkan (Khalid) lebih mementingkan kedudukan berbanding hak rakyat dan kedaulatan undang-undang. "Ini ancaman yang sering beliau gunakan untuk kekal sebagai menteri besar," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi ketika ditanya kemungkinan Khalid akan membubarkan sidang DUN dan mengadakan pilihan raya mengejut untuk menamatkan krisis kepimpinan di Selangor.
 
 Khalid semalam berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu, termasuk peletakan jawatannya sebagai menteri besar termasuk pelantikan menteri besar baru hanya akan diputuskan selepas pertemuan dengan Sultan Selangor. Lim berkata, jelas dalam undang-undang tubuh di Selangor, sesiapa yang mempunyai majoriti Adun adalah layak untuk dilantik sebagai menteri besar. "Ini dibuktikan ketika krisis Perlembagaan di Perak pada 2009. 
 
Menteri besar baru dilantik tanpa membubarkan DUN. Dalam insiden itu, hanya tiga Adun terkesan. "Di Selangor, Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti besar (berbanding Perak). 
 
PR menang 44 daripada 56 kerusi DUN, 30 Adun lagi menyokong (Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) sebagai menteri besar baru," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.