Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELIHATAN KELIBAT ORANG DAP DAN PKR SPY DEPA KOT !


Ahad, 17 Ogos 2014

Kemelut S'gor: Mesyuarat PAS Pusat pagi ini jadi penentu

KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang mahu ditukar oleh PKR.

Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.


5 orang berkata:

1Crony said...

Sebagai rakyat yang celik politik dan sudah berusia melebihi 5 dekad, aku menaruh harapan yang tinggi supaya Ahli Majlis Mesyuarat PAS pada hari ini menetapkan untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan berjuang bersendirian manakala golongan Profesional PAS akan keluar parti dan bergabung dengan PKR pimpinan DSAI. Pastinya PKR jauh lebih mudah berkempen untuk merampas walaupun sebahagian Malaysia tanpa PAS (yang penuh dengan golongan Munafik UG), dengan adanya PAS yang selalu menjadi duri dalam daging dan di pihak Presiden UG-nya yang selalu menentang (walaupun menguntungkan parti dan rakyat) sesuatu isu untuk mengagalkan kesepakatan maka jauh lebih mudah menjauhkan Munafik begini dari asyik membawa bersama "musang yang berbulu ayam" ke dalam kandang. Presiden PAS ini tak lebih dari individu yang dinamakan "Zul Kulim". Nanti kalau dibaca Adi Awe pastinya aku akan "dikafirkan" pula, Masyaallah.

Anonymous said...

Kau merepek.apa.biawak.

Anonymous said...

biawak niee..crony UMNO

Anonymous said...

biawak niee..crony UMNO

Anonymous said...

Kalu x reti duk diam sebab bercajap nampaklah kebodohanya adakah kita nak bantah fikirab orang yang dekat dgn allah nelalui amalan nalam dan puasa sunat tak pernah tinggal

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.