Keputusan Rodziah ini tepat dan tidak siapapun yang berhak mencela akan keta'atannya kepada parti. Apabila nantinya ada orang yang tidak ta'at kepada parti, maka mereka tidak sepatutnya terus tinggal dengan parti tersebut dan mereka perlulah berundur, tidak kiralah sama ada bersebab ataupun tidak, menta'ati parti terletak pada dasarnya bukan pada nama parti atau pemimpin, sebab itu islam menetapkan dasar keimanan itu mengatasi segala-galanya - Pak Karamu
Rodziah akur keputusan PKR
SHAH ALAM - Anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PKR Rodziah
Ismail berkata beliau akur kepada keputusan partinya berhubung krisis
politik Selangor, yang menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai
menteri besar.
Beliau yang baru pulang dari Bangkok, Thailand malam semalam selepas mewakili parti itu dalam satu kursus di sana, dalam satu kenyataan ringkasnya berkata:
"Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor. Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya.
"Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor," katanya yang mengikuti kursus di Thailand sejak 11 hingga 13 Ogos.
Menteri Besar Selangor sebelum ini bertindak memecat lima anggota exconya selepas didapati tidak menyokong pentadbirannya.
Lima anggota Exco yang disahkan dipecat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.
Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan supaya Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.
Semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata pemecatan itu tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air. - Bernama

1 orang berkata:
saya bukan nak ajar,nak kongsi..dasar parti akhirnya di register bawah kemahuan sistem dan undi manusia..lepas tu nak buat hudud kena mintak izin undi ahseng gopal dan abu di pru dan parlimen..kan?nak buat parit boleh la mintak izin depa..hehe..itu la dasar dia.saya menyeru sesama muslim jika anda berkeinginan terhadap agama jgn la mencarinya didalam sistem politik demokrasi kerana disini agama x dapat yg dapat ialah manusia2 yg memburu undi@kerusi dan manusia yg nak lantik bini dia jadi mb..huhu
Post a Comment