Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAA ! INGATKAN PKR SEBULAT SUARA ! ALAMAT KECOH LAGI LA !

Sabtu, 9 Ogos 2014

Rakyat Selangor akan hakimi pemecatan Khalid, kata timbalan ketua Pemuda PKR

Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mengatakan rakyat akan menghakimi tindakan partinya memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Khairul, setahun yang lalu, PKR masih menyanjungi Khalid dan mengatakan beliau menteri besar terbaik yang rakyat Selangor punyai. "Biar rakyat nilai dan hakimi nanti apa yang berlaku hari ini sama ada betul atau silap," kata Khairul kepada The Malaysian Insider. "Seperti yang disebut ramai orang, setahun yang lalu, inilah menteri besar terbaik yang pernah dipunyai oleh rakyat Selangor." PKR hari ini memecat Khalid kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, menimbulkan persoalan sama ada masih wujud kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat jam 3 petang tadi memutuskan isu itu. Khalid tidak hadir memandangkan beliau bukan ahli badan pembuat keputusan tertinggi itu, tetapi terdahulu beliau cuba melalui peguamnya menghalang MPP daripada membincangkan kedudukannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menghantar surat tuntutan supaya PKR tidak membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor sehingga beliau diberi kesempatan mempertahankan dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti. Pemecatannya bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen. DAP dijadualkan bermesyuarat esok sementara PAS dijangka mengadakan pertemuan pada 17 Ogos untuk membincangkan penyingkiran MB Selangor itu tetapi dengan perkembangan terbaru, perjumpaan itu mungkin tidak lagi relevan. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan MPP yang sepakat bersetuju pada 21 Julai melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor. "Beliau buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini beliau masih belum meletak jawatan," Dr Tan memberitahu sidang akhbar hari ini. "Atas alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya. Dr Tan berkata meskipun parti sudah mengumumkan pemecatan namun Khalid masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan. "Dalam PKR apabila seseorang itu dipecat mereka mempunyai tempoh rayuan 14 hari daripada pengumuman dan jawatankuasa khas dibentuk bagi rayuan itu," katanya.

10 orang berkata:

1Crony said...

Itu setahun yang lalu.....Bodoh. Tapi tahun ini Khalid dah buat tahi. Tahun lalu MH17 pun masih terbang di awan biru, tapi tahun ini sudah menjadi debu. Orang muda yang dapat upah RM0.10 ini asyik nak bangkang tak tentu pasal. Lu ingat muka lu banyak cantik ke?

Anonymous said...

Cuba bubar dun kalau berani pasti bungkus. BN akan menakluki s' ngor semula. Baru padan muka. Sebenarnya pkr ni memang taik. Seorang buat taik seorang lagi gaul taik. Gila kuasa
Biar rakyat hukum....saya cabar skali lg...sila bubar dun

Anonymous said...

Biar rakyat Selangor tentukan siapa MB kami

Anonymous said...

Bagi saya, pemecatan tski adalah tindakan yang wajar yang tidak dapat dielak oleh pkr. Kalau pkr tidak melakukannya, pkr memang tiada kewibawaan untuk menerajui pakatan rakyat selangor. Tindakan tski yang mengengkari keputusan pkr menggantikannya dengan president pkr adalah tidak dapat dipertahankan. mb dipecat parti sendiri bukan kali pertama berlaku. Saya masih ingat zaman 70an harun idris juga dipecat umno bila enggan letak jawatan mb selangor. Satu ketika di Kelantan pun begitu. Soalnya bila mb tidak lagi disokong oleh parti sendiri wajarkah dia berdegil dan bertahan lagi. Kita fikir fikir lah.

wak ajer said...

ala yg byk merepek dan melalak semua nya beruk umnok...mrk yg sdh kemaruk nk jd mb...parti ala2 yahudi suka melaga2kan rmhtangga org..

Anonymous said...

UMNO = PKR!!! Gila kuasa semua. Boddoooo tak habis-habis... suka sangat jadi pencacai barua bangsa cina hindu!!! Kalu PKR DAP hebat sangat... letak la jawatan EXCO... MB korang pecat.. jawatan EXCO korang nak. lembu tul. sepatutnya PKR turut putuskan sebaik sahaja TSKI dipecat semua EXCO & apa jua kedudukan lantikan MB dari PKR wajib letak jawatan serta merta sama dgn pemecatan TSKI. ini tidak.. EXCO & pengarah-pengarah syarikat diam ja. gila khinzir hutan tul..

Anonymous said...

Bn umno lg gaul taik..

Anonymous said...

Terbaekk...

Anonymous said...

Apa yg ko.merepek ni setannn..

Anonymous said...

Betul3...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.