Teman dengo ada yang nak tendang PEH dari PR, hu hu hu. Ate ? tendang le ! no problem punyeee ! langsung tak terkilan ! Pase nye PEH ni udah letih kene tendang, Ate ? Dasonye dari Tuhan, tak le macam daso deme.deme tuuuu, pake ake jeeee ! Bukan la mudah yob oi nak tegakkan daso dari Tuhan nih ! Kome pikioo le habih,habih, tu pase bile PEH bercakap, cepat-cepat deme tenyeh ! Hmmmm tak kesah langsung ! Kome maki, kome hamun, kome yang dose ! hu hu hu, ok kate la lagi, kate, kate ! hu hu hu - Pak Karamu
Pas tidak kisah jika terpaksa keluar PR
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am
Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu
ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan
pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut
sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas
keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan
pembangkang bersama Semangat 46.
"Seandainya kita (Pas) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah
yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan Pas ini bukan
mudah.
"Keputusan Majlis Syura Ulama Pas telah membuat ketetapan mengenai
keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa
membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
di sini.
Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya
Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama Pas telah menegaskan Abdul Khalid
tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang
pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.
Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti
Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat
kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis
Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata
Pas bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan
menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan
pembangkang.
"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik
dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar
terbaik.
"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.
Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai Pas berikutan
beliau kini merupakan anggota Dun Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya
terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan.
"Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment