Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Meh kita solat hajat bagi dia jadi makhluk kaki empat

Friday, August 15, 2014

Pemimpin PAS Perak dakwa dua ADUN PAS Selangor itu dibeli PKR?


Pemimpin PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mengecam tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang bertindak membelakangi keputusan parti dalam memberikan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Malah beliau turut menggesa Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin meninggalkan parti dan menyertai PKR mahupun DAP kerana lebih mementingkan kedua-dua parti itu berbanding parti sendiri

"Saya rasa lebih baik 2 Adun PAS yang hadir beri sokongan kepada Azizah sebagai MB hantar sekali borang untuk masuk PKR atau DAP.

"Baru berbaloi untuk tidak hormat kepada parti sendiri," katanya menerusi laman facebook beliau.

Bekas Adun Titi Serong, Perak itu turut mempersoalkan keputusan mengejut kedua-dua pemimpin PAS Selangor itu yang dilihat mengambil ketetapan bercanggah dengan 13 Adun PAS yang lain.

Khalil juga mengeluarkan nada sinis menggambarkan Saari dan Hasnol dijanjikan ganjaran besar dari pihak PKR sehingga sanggup keluar dari PAS demi mempertahankan Wan Azizah.

"Kalau 13 orang lagi boleh bersabar dan ikut arahan parti kenapa kamu berdua sudah membelakangi parti sendiri?

"Atau ada tawaran baik hingga meleleh air liur?," ujarnya.

Hasnul dan Saari semalam telah menyertai sidang media bersama Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu sebagai menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah kedua-dua Adun ini menegaskan sanggup meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya pucuk pimpinannya menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor lapor RakyatNews

6 orang berkata:

Anonymous said...

Kita nak tengok kalau pilihanraya semula 2 calon ni bertanding atas siapa pkr@ dap..mng @ bungkus.

Anonymous said...

Kamu 2 orang tunggu pru14!! Dan kami xmau dh org dua muka mcm ni..mengikar tuanku sultan dan melanggar ketetapan syura ulama pas dan mendahului pucuk pinpinan parti!!

Anonymous said...

Pru 14 pas pun bungkus jg terutama di pantai barat. Khalil lim tu pn kan bngkus jg masa pru 13

Anonymous said...

Org gila kuasa kalau bungkus dia akan jadi gila betul. Pas sudah biasa tewas x de masalah. Kita nak tengok org pkr yg memenuhi hospital bahagia..he..he

Anonymous said...

Kita sokong dua org ni. Zaman engkar engkar x yah cerita. Itu kerje umno ngok

Anonymous said...

dua ekor ni kesayangan DAP/PKR... iyolah.. Tan Cheng Kim/PKR kata Melayu PAS munafik... dua ekor ni kiranya beriman la.. iman tertinggi dalam DAP/PKR kot.Imam DAP bukan ke Lim Kit Siang.. Imam PKR bukan le Azizah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.