Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


 

Monday, August 11, 2014

Ini hal pun Anwar Ibrahim tak faham, masih gelojoh nak bini dia jadi MB!

Dalam keadaan di Selangor ini, menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hilang sokongan parti politiknya, bukan hilang kepercayaan ahli Dewan. Oleh yang demikian Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar dan Wan Azizah boleh terus berangan dalam minpi indah aduhan KETUM.
PROF MADYA DR SHAMRAHAYU
Adakah dipecat dari parti politik menjadikan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri secara automatik hilang kelayakan dan wajib melepaskan jawatan?

Adakah keadaan ini dikira sebagai suatu "keadaan mendesak" (extraneous circumstance) yang memaksa menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri meletak jawatan atau meminta Sultan atau Yang di-Pertuan Agong membubar Dewan.

Dalam konteks undang-undang perlembagaan negara kita, seorang menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri layak dilantik dan kekal dalam jawatan sekiranya dia adalah seorang ahli Dewan dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan, bukan parti politik yang dia mendapat tiket atau menang pilihan raya.

Hakikat undang-undang di Malaysia, menteri besar, ketua menteri atau perdana  akan kekal memegang jawatannya sehinggalah hilang kepercayaan majoriti AHLI DEWAN.

Hilang kepercayaan setakat keputusan mahkamah di Malaysia ini boleh berlaku dalam dua keadaan.

Pertama, sekiranya ada undi tidak percaya secara formal dalam Dewan (Kes Stephen Kalong Ningkan) dan kedua, bila "keadaan mendesak" (extraneous circumstace) (Kes Datu Amir Kahar).



Ada beberapa keadaan lain dalam konvensyen atau amalan perlembagaan, iaitu, kerajaan gagal mendapat sokongan meluluskan rang undang-undang penting; kerajaan gagal melaksana polisi penting dan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri gagal mendapat kepercayaan ahli dewan setelah meminta ahli Dewan menunjukkan kepercayaan mereka.

Dalam kemelut Selangor, sekiranya dipecat parti politiknya adakah menteri besar masih kekal sebagai menteri besar?

Hakikat peruntukan undang-undang ialah, menteri besar akan hilang kelayakan sekiranya hilang kepercayaan ahli Dewan. Adakah dipecat parti politik MB menunjukkan hilang kepercayaan ahli Dewan? Jawapannya tidak. Sebab peruntukan undang-undangnya jelas, ahli Dewan dan bukan parti politiknya.

Persoalan seterusnya, adakah keadaan ini menunjukkan "keadaan mendesak" seperti dalam kes Datu Amir Kahar? Ini memerlukan tafsiran undang-undang.

Setakat mana dalam kes Datu Amir Kahar, Mahkamah mengambil maklum bahawa ahli dewan yang "lompat parti" dan mengurangkan jumlah kepercayaan kepada ketua menteri adalah keadaan mendesak.

Oleh itu dalam kemelut di Selangor, saya lebih cenderung untuk menyatakan ia tidak termasuk dalam erti "keadaan mendesak" kerana tiada ADUN yang membuka mulut. Dalam keadaan di Selangor ini, menteri besar hilang sokongan parti politiknya, bukan hilang kepercayaan ahli Dewan.

Apakah tindakan seterusnya atau pilihan yang boleh dilakukan.

Adakah menteri besar patut meletak jawatan? Adakah menteri besar patut meminta Sultan membubar Dewan? Adakah Sultan boleh mamanggil semua Ahli Dewan untuk menentukaan sama ada ahli Dewan masih ada kepercayaan kepada MB? Patutkah MB memanggil sidang Dewan dan meminta ahli Dewan menyatakan kepercayaan kepadanya?

Atau adakah menteri besar boleh berdiam diri sehingga mendengar ahli Dewan membuka mulut atau mengambil tindakan menunjukkan kepercayaan kepada MB atau sebaliknya?

Hakikat undang-undang, rakyat tidak mempunyai suara dalam lantikan atau kepercayaan kepada menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri. Lantikan dan kelayakan ditentukan melalui kepercayaan ahli Dewan yang dipilih rakyat. Pada awal lantikan Sultan yang menentukan kepercayaan dengan hemat baginda.

Oleh itu, hakikatnya sekarang, kerajaan pakatan rakyat di Selangor telah runtuh. Diruntuhkan PKR dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah menteri besar bebas yang tiada halangan dalam Perlembagaan selagi dia mendapat kepercayaan majoriti.

Selagi tiada undi tidak percaya selagi itulah Abdul Khalid boleh jadi menteri besar. Sultan tidak boleh pecat menteri besar selagi tiada undi tidak percaya. Dan Sultan tidak boleh bubar Dewan selagi tiada permintaan.

PROF MADYA DR SHAMRAHAYU AB AZIZ adalah Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.