Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK PULANG PAKU BUAH KERAS


INILAH DIA WAJAH POLITIK TERDESAK PKR DAN DAP, APABILA TIBA TENTANG DIA ORANG MEREKA PAKSA DAN HASUT PAS TURUT MEMBOIKOT MESYUARAT MAJLIS KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBUKTIKAN KESETIAAN PAS BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG, TAPI APABILA PAS MENGHADAPI ISU PERLEMBAGAAN PARTINYA TENTANG HUDUD ? APA YANG KAMU ORANG BUAT ? BUKAN SEKADAR KAMU TAK SOKONG TAPI KAMU MENJADI BISU, MALAH KAMU TENTANG LAGI, INI MACAM KA KAWAN ? TAHU HENDAK MENGENA SAHAJA KE ?

DALAM MASALAH MESYUARAT INI MENGAPA PULA KAMU TIDAK MENGHORMATI 17 OGOS ? CAKAP KAMU SAJA YANG MESTI PAS IKUT KE ? SEKARANG KAMU TAHU BAGAIMANA SAKITNYA AKIBAT POLITIK YANG KAMU MAINKAN SENDIRI, APABILA KAMU MENGHADAPI MASALAH, MENGAPA PAS YANG MENDAPAT HERDIKAN ? KAMU ADA AKAL ? TOLONG PAKAI AKAL DAN PERTIMBANGKAN SEBAIKNYA, JANGAN AKAL LETAK KAT LUTUT - Pak Karamu

Rabu, 13 Ogos 2014

Boikot mesyuarat Exco jika Pas benar setia - Anwar

DALAM keadaan yang dilihat agak terdesak, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta empat Exco Pas supaya memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
 
Langkah itu, kata Anwar, bagi membuktikan kesetiaan Pas bersama pakatan pembangkang.
 
"Jika Pas setia bersama pakatan pembangkang, mereka harus menunjukkan sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco pagi esok,” katanya pada sidang media tergempar di Ibu Pejabat PKR di sini berikutan keputusan drastik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat kesemua exco dari PKR dan DAP berkuatkuasa serta merta semalam.
 
Keputusan tersebut dibuat selepas Abdul Khalid mendapati kesemua enam anggota Majlis Mesyuarat Negeri itu bertindak mewujudkan blok yang didakwa boleh mengganggu kelicinan pengurusan pentadbirannya.
 
Empat Exco Pas itu ialah Ir Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Halimah Ali dan Salehen Muhyi.
 
Mengulas pemecatan itu, Anwar berkata, Abdul Khalid tidak wajar berbuat demikian hanya kerana tidak menyatakan pendirian masing-masing sama ada menyokong beliau sebagai Menteri Besar atau tidak.
 
Beliau kemudiannya menarik perhatian kepada dakwaan bahawa setiap keputusan pemecatan mesti dimaklumkan kepada sultan terlebih dahulu dan Abdul Khalid gagal berbuat demikian.
 
"Kerja apa ni?... Dia (Abdul Khalid) perlu memaklumkan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu hasratnya nak pecat. Ini (mendapat perkenan Sultan) tidak berlaku. Dia sewenang-wenangnya pecat," katanya pada sidang media yang dihadiri Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan lima daripada enam Exco yang dipecat.
 
Barisan Exco yang dipecat ialah dari DAP iaitu Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wan dan Ganabatirau Veraman, manakala Exco dari PKR ialah Rodziah Ismail, Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr. Daroyah Alwi.
 
Surat pemecatan telah diserahkan kepada semua Exco terbabit kecuali Rodziah yang kini berada di luar negara.

3 orang berkata:

Anonymous said...

anuar ni mmg hati jahat..hnya tahu nk mncapai matlamatnya mnjd pm shj.. elok la kau msuk kedlm semula.. wlupun sblm ni rs kesian sbb kesnya dinaikkan semula slps beberapa thn.. makin menyampah pd anuar .. isteri dan lain2 pemimpin yg mempunyai agenda tersembunyi utk kpentingan diri.. ahli pas di kawasan saya semkin benci dgn permainan anuar ini..

Anonymous said...

Nak jadi PM tak perlu menentang parti pemerintah, ikut sahaja atau bergabung. Mungkin ada yang teringin nak jadi exco atau TPM akan mengikuti gerombolan parti pemerintah. Tak terkecuali kumpulan parti jemaah islam yang merasakan mereka suci dan tersohor di dunia. Majlis mereka dianggap maksum, lancang dikata sesat dan ingkar boleh dihukum murtad. Giatkan dakwah, ramai lagi orang bukan islam yang berhak/perlu diseru ke arah Islam. Wallahu a'lam

- Abuya Al Taktahui -
Presiden PLKL (Pak Lebai Kopiah Longgaq)

Anonymous said...

Nak ikut pkr & dap buat pa...depa dh tersasar arah org pas nak disalahkan. Kau punya pasal kau tanggung la sendiri.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.