Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUH KERANA TAK MAHU DERHAKA

EXCO PAS JIKA TIDAK PATUH ARAHAN PARTI DAN SULTAN BERMAKNA MEREKA MENDERHAKA KEPADA PARTI DA SULTAN, TETIBA DISURUH TA'AT KEPADA ARAHAN PARTI LAIN, INI MENUNJUKKAN SIKAP SAMSENG YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU, SETELAH MEREKA BERIKRAR TA'AT,  TETIBA DISURUH ROMBAK, WOI, BANYAK CANTIK, DENGAN PUAK-PUAK NI TAK BOLEH BERLEMBUT NANTI DIPIJAKNYA TENGKOK KITA - Pak Karamu  
                                                                                     
 Pas Selangor tetap tegas sokong Khalid

  • Iskandar A. Samad
1 / 1
SHAH ALAM - Pimpinan dan ahli Pas Selangor akan sentiasa patuh apa sahaja arahan dari Pas Pusat susulan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR, tegas Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar A Samad.

Iskandar menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan berpegang kepada apa yang diputuskan 10 Ogos lalu sehingga satu ketetapan baharu dibuat dalam mesyuarat Ahad ini.

“Pas Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian Pas tentang kedudukan Tan Sri Khalid.

“Walau bagaimanapun Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, pada 10 Ogos lepas telah mengarahkan Exco-Exco Pas agar terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Oleh yang demikian Exco-Exco Pas akan menjalankan tugas mereka seperti biasa,” tegasnya.

Empat Exco daripada Pas hari ini mengotakan janji apabila hadir seperti biasa ke mesyuarat Exco Selangor walaupun diminta oleh DAP 'memboikot' sidang itu sebagai tanda solidariti kepada Exco yang dipecat semalam.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, arahan tetap patuh ini selari dengan perkenaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai menteri besar.
“Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli Pas akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihan raya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kami penyokong pas stuju 4 exco pas sokong khalid. Akur pd pimpinan. Kita bukan ahli pkr @ dap. Knp mereka nak ajar kita...kita sebenarnya lebih cerdik drp mereka...biasanya org cerdik tak ikut org bodoh lg gopoh & gelojoh

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.