Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pergi la jumpa setiausha agong PAS atau Presiden


Jika maklumat ini suatu rahsia maka kamu kena terus berjumpa Setiausha atau Presiden PAS seperti Guan Eng lakukan atau Anuar lakukan, bukan hanya menggesa melalui maya atau akhbar, dalam masalah besar dan mengejut ini kamu perlu sebagai penyelamat kerajaan PR, atau berjumpa dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana dia yang cakap "jika keruh dihulu jangan sampai keruhnya ke hilir ! Cari punca mengapa isu ini menjadi masalah dan siapa mulakan kasi keruh ? Itu pasal jika berpolitik jangan sampai menyusahkan orang lain - Pak Karamu

 

Selasa, 12 Ogos 2014

Adun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. 
 
 Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini. 
 
"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
 "Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan. 
 
Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka. 
 
"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama. "Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.
 
 "PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah. 
 
"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

saari sugib, suhaizan kaiat.. adalah antara pemimpin PAS yg menyanjungi Anwar dari dulu. body PAS tp jiwa lebih pada Anwar. susuri lah sejarah politik mereka. ramai lagi dlm PAS & UMNO yg bodynya kat sana tp jiwanya Anwar! jadi tak hairanlah jika unsur desakan tu wujud. Presiden PAS pun sama gak.. tiada ketegasan sbg ketua. menantu lebihhhh. Arwah Ust Fadil Noor sukar diganti. PAS perlu buat perubahan!!! Berkawan ngan UMNO... kena khianat. Berkawan ngan APU/Semangat 46 pun kena aniaya. Ni ngan PR pun sejarah mungkin berulang. Bubar ja DUN Selangor... pilih semula pemimpin. nak tengok juga berapa DAP PKR dapat undi. melalak cam hebat ja!! Terguris hati Muslim DAP hina hudud lom hilang... takkan hilang!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.