Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 13 Ogos 2014

PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno Selangor, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno Di Selangor.
 
 Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata, tidak mungkin PAS bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu di Selangor dan pada masa sama menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) di negeri lain.
 
 “PAS akan kekal bersama PR,” katanya, menghentikan cakap-cakap yang menyatakan parti Islam itu akan berganding bahu dengan Umno dalam menangani krisis menteri besar Selangor yang masih berterusan.Mat Sabu berkata, PR masih memegang majoriti di Selangor untuk kekal menerajui kerajaan negeri. 
 
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang baru saja menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas memecat semua exco DAP dan PKR dalam pentadbirannya.
 
 Khalid hanya mengekalkan empat exco PAS selepas persengketaan dengan bekas partinya PKR, yang berusaha untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar. Mat Sabu berkata, memecat exco adalah hak Khalid. Katanya, perebutan kuasa dalam politik adalah perkara biasa. “PAS bersama PR. Tidak akan ada perpecahan. Khalid Adun Bebas.
 
 “Isu di Selangor bukan perkara yang akan menghentikan dunia,” katanya, menambah menjadi perkara biasa jika rakan kongsi mempunyai pendapat yang berbeza. Mat Sabu berkata, masih banyak butir terperinci yang beliau belum tahu kerana berada di Pulau Pinang sejak semalam. 
 
Beliau menghadiri perbicaraan kes hasutan berhubung kontroversi Bukit Kepong di Mahkamah Sesyen Butterwort pagi ini. “Seperti anda, saya juga mengetahui perkembangan isu itu daripada laporan berita,” katanya. 
 
Mat Sabu berkata, Lajnah Politik PAS akan mengadakan mesyuarat malam esok dan satu lagi pada 17 Ogos. Ketika ditanya apa agenda perbincangan, Mat Sabu berkata pelbagai isu akan dibincangkan. “MH17, Palestine dan beberapa isu lain,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.