Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAHSIA NI BUKAK SIKIT, KALAU BUKA BANYAK NANTI PAS KENA HENTAM BANYAK

Friday, August 15, 2014

Jika ini sebabnya PAS tolak Wan Azizah, maka wajarlah PKR kemuka nama lain sebagai pilihan...


PAS secara jelas telah mengumumkan semalam mereka menolak Wan Azizah bukanlah kerana beliau seorang wanita.. tapi ada sebab lain..

Jadi secara asasnya yang boleh kita fahami ialah mereka boleh terima jika wanita diangkat sebagai pemimpin..

Jika scenario yang aku tulis dalam Facebook aku semalam dah mencetuskan perang saudara.. ini satu lagi scenario yang dijelaskan oleh seseorang melalui WhatsApp.
Senarionya begini: PAS kata istana tolak Azizah, maka ia juga tolak Azizah. Minta Anwar, PKR calonkan nama lain dari PKR sebagai MB. Mesejnya dibisikkan kepada Anwar, PKR.
Tapi PKR degil nakkan Azizah. Maka PKR pujuk dua wakil rakyat PAS sokong Azizah hari ini. Jika istana setuju Azizah, PAS tidak boleh buat apa. Azizah akan jadi MB.
Masalahnya, PAS kata istana sampaikan mesej - tolak Azizah. Maka, PAS gesa PKR calonkan nama baru selain Azizah. PAS juga setuju tolak Khalid, bersama Pakatan tapi tolak Azizah.
Tapi, PAS tidak boleh tinggalkan Khalid sewaktu tiada kesepakatan calon baru MB. Kerajaan akan tumbang..
Sama ada betul istana tolak Azizah, saya tidak pasti. Yang pasti, PAS tolak Azizah dan mahukan PKR cadangkan nama lain.

... Itu saja isunya! Jika ini adalah isunya.. kenapa PKR langsung tidak mahu berkrompomi?.. susah sangat ke nak kemukakan satu lagi nama sebagai alternatif?

PAS dikatakan tak mahu hilang Selangor hanya kerana seorang Khalid.. adakah PKR mahu kehilangan Selangor hanya kerana Wan Azizah tak dapat jadi MB?

Ada yang berkata ikut perlembagaan Sultan wajar menerima Wan Azizah sebagai MB kerana sudah mendapat sokongan majoriti.

Tapi jangan lupa Selangor itu milik Sultan, Dia nak buat apa pun ikut suka dia lah.. Kita ni ibarat mentimun.. menggolek kena.. digolek pun kena...

Letakkan satu nama lagi sebagai alternatif supaya baginda punya pilihan selain Wan Azizah atau Kekalkan Khalid sebagai MB... ataupun bubar DUN..

Itu saja! lagipun PAS bukannya tuntut Kerusi MB tu.. PAS hanya mahukan nama lain...

... Aku nampak ada yang tak kena pada barisan yang menyokong Wan Azizah sebagai MB tu... cuba hangpa perhati betul-betul...

3 orang berkata:

Anonymous said...

leq lu pak... sap kok lu pastu layan citrr nih...haha... kopipes dr king jason...

Tajuk artikal aku today's. .

Amaran, ini hanya rekayarsa. Tidak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg koma.

Jangan terperanjat. TsKO beli syarikat air untuk kepentingan rakyat dia beli RM2 bilion. Dalam dia runding tu.. dalam diam sahabat dia dah kawtim blakang.. dia pakat ngan owners air suh markup 3bilion.

Bila projek blakang dia gagal. Tak dapat duit 1bilion tu. Dia marah. Dia nak sangat duit tu sebab nak pakai buat beli negara Malarial. Dia nak buat 19 sept 2.0.

Bila cara A ni tak jalan. Dia plan cara B pulak. Duit kerajaan Selangkah negeri antah belantah pula ditargetnya. Runding punya runding.. MB Selangkah cakap. " Lu nak masuk neraka..lu p sorang2. . Gua tak mau terlibat.." tegasnya lagi.

Maka beranglah puak2 ni sebab ditolak mentah mentah. Maka puak2 ni bermesyuarat. Kelengtung kelengtang mesyuarat. Gegak grmpita lagaknya.

Maka dipecat lah MB Selangkah supaya mudah ditendang kluar. Upama negeri dilangar garuda. Habis bertempiaran rakyat jelata pecah belah dek nafsu kuda puak2 ni tak sabar sabar nak jatuhkan MB tak ikot protocol. Dicanang canangnya keburukan aja. Baik dah ilang. Dulu puji melangit kemain lagi.

Tak disangka sangka.. MB Selangkah enggan mengalah. Tegak benang basah sebab beku dlm peti ais. Nak kata lawan.. tak jugak.. nak kata undur tak jugak. Dia ikot jer landasan. Dah itu jalannya.

Selamba dia cakap.. " satu2 nya cara nak suruh gua undur. Buat undi tak percaya kat sidang DUN. Apa susah nak paham krr? " - Kata MB Selangkah selamba.

Maka puak2 ni sekali lagi kemalu maluan.ingatkan buat sidang media dah boleh jadi MB.rupanya kena buat sidang DUN. ...

bersambung....

Anonymous said...

Aku rasa ada 2 ekor kuda ni.
Satu namanya datu' pendekar tibai blakang, datu' pengeran curi kuda.
Keh..keh

Anonymous said...

Mcai umno bn yg gila meroyan..ko rkyt sel bodoh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.