Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

rasanya cadangan ini juga ditolak

Friday, August 15, 2014

TERKINI : Wan Azizah Tersingkir, Anwar Pilih ADUN Ijok @ Dr Idris Ahmad

 
alt
[Kemaskini]

KUALA LUMPUR 15 Ogos - 'Drama' politik Selangor bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tersingkir dari tercalon sebagai peneraju negeri selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih  ADUN Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, keputusan tersebut bagi memastikan PAS terus menyokong PKR mendesak Tan Sri khalid Ibrahim meletakkan jawatannya.

"Anwar kini dikatakan sedang berura-ura untuk mencari calon alternatif bagi jawatan menteri besar yang baru, bukan lagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi ADUN Ijok Dr Idris Ahmad," katanya kepada RakyatNews, hari ini.

Jelasnya, pucuk pimpinan PAS juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan misi Anwar adalah untuk mendapatkan persetujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya difahamkan Dr Idris sudah geli-geleman dengan tawaran baru ini. Dr Idris Ahmad dari PKR Ijok ditawarkan sebagai calon alternatif bagi membolehkan PAS bersetuju dengan pelantikan menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga telah bersetuju untuk menggantikan Wan Azizah dengan Dr Idris. Apabila ini berlaku maknanya PAS telah 'dikencing' dua kali dengan Anwar," ujarnya.

Tegasnya, PAS seharusnya bertindak lebih tegas dengan menegakkan pendiriannya dari terus dipermainkan rakan Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, bagi memastikan Khalid disingkirkan dari pentadbiran Selangor.

"Bagi Anwar, PAS hanyalah parti politik hingusan yang boleh diperbudak-budakkan, dikotak-katikkan demi memastikan Tan Sri Khalid tersingkir (dari pentadbiran Selangor).

"Saya yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini akan membuat ketetapan menyokong Dr Idris Ahmad dari ADUN Ijok menggantikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya lagi.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Jangan dok mimpi la..Tan sri mb ada kuasa excercutive hubungan yg rapat dengan tunku sultan. Ingat!! Last jalan terakhir beliau akan bubar dun selangor PERCAYA LAH !!.. Beringat dan bersiap duit utk prk negeri.

Anonymous said...

Betul tu.itu time anwar dh masuk jail.pkr dap bungkus.

Anonymous said...

Pas blh menang ke di selangor, cuba tengok sejarah sikit

Anonymous said...

Menang @ tidak bukan ukuran ttp intergriti parti kena jaga. Perjuangan PAS utk tegakkan ISLAM , mng soal kedua. X mng x pa.... takbir3x

Anonymous said...

apa yang terjadi di selangor ni kena pandang dari sudut yg positif .jangan asyik YES BOSS saja.

Anonymous said...

Hidup umno bn...

Anonymous said...

alhamdulillah... masih ada yg memahami dasar dan natlamat perjuangan PAS.. ISLAM. kalau PR perintah Malaysia pun blm tentu Hukum Islam akan dimartabatkan. Baru nak bentang dlm parlimen pun.. DAP PKR dah hentam PAS gila-gila punya (saari sugib & mazlan morib diam je ). UMNO diam ja walaupun tak suka.

Anonymous said...

Saya cdang Dsai pilih calun mb Dari ADUN pas..tanda muafakat.win win c2v tion.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.