Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBELUM MASUK DALAM


Monday, August  2014

Anwar lebih 'dahsyat' dan 'kejam' dari Mahathir?......layan...


Mahathir pecat Anwar pada tahun 1999 dengan pelbagai 'fitnah' ( hanya Allah yang Maha Mengetahui benar atau palsu) dan hasilnya BN di Terengganu. Ada orang kata Terengganu tumbang kerana gelombang reformasi. Saya katakan tidak. Ini kerana banyak faktor lain yang menyumbangkan kepada tumbangnya Umno di Terengganu termasuk faktor 'cas keting' kerana majoriti orang Umno tidak bersetuju dengan calon Umno.

Juga, kalaulah betul gelombang reformasi yang dibawa oleh Anwar menjadi penyebab, kenapa Pulau Pinang tempat tumpah darahnya tidak dapat kepada Barisan Alternatif (BA). Kenapa gelombang ini tidak berlaku di Shah Alam khasnya (kerana ketika itu saya ber'gaduh' dengan Khalid Samad penyokong tegar Anwar yang mengatakan Terengganu tumbang kerana Anwar) dan Selangor amnya, kenapa Parlimen dalam Wilayah Persekutuan, negeri yang berjiran dengan Anwar iaitu Kedah tidak tumbang sama?

Sekarang PKR (Anwar?????) pecat TSKI. Ini lebih kejam dari Mahathir kerana selepas didesak TSKI melepas jawatan untuk diberi kepada isterinya (pada mulanya memang beliau sendiri yang mengidamkannya tetapi selepas Mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes liwat siri II, beliau mencalonkan isterinya bertanding di Kajang yang dikosongkan kononnya atas strategi 'Kajang Move' agar dekat dan cepat ke Putrajaya. Satu penghinaan kepada inteklual pemimpin dan ahli-ahli PAS dan DAP untuk dipaksa percaya strategi pak Syeikh yang ber'nafsu tinggi' itu.)

Sebelum TSKI dipecat, PKR dengan rasa tidak bersalah dengan penuh 'statement' yang dalam bentuk satu penghinaan kepada pengundi-pengundi di Selangor sanggup mengatakan meeka sanggup Selangor terlepas kepada UMNO/BN, asalkan TSKI ditukarkan.

Andaikata Selangor ditawan semula kepada UMNO/BN jika DUN Selangor dibubarkan, saya tanpa segan silu dan rasa hormat akan menyalahkan Anwar 'hidup-hidup'.

Anwar tiada pilihan lain selain memecat TSKI sebelum PAS Pusat bermenyuarat pada 10 Ogos dengan beranggapan PAS Pusat akan bersetuju dengan calon MB 'baru' dari PKR kerana TSKI telah pun ter'keluar' dari PKR......mintak tolong sikit pak Syeikh, PAS tiada sebab untuk menukarkan MB yang disandang oleh TSKI kerana beliau tiada buat onar' kecauli apa yang di'fitnah'kan oleh PKR.

Bagi saya inilah satu 'blunder' yang besar yang di buat oleh Anwar yang terkenal sebagai seorang pakar strategi dek satu KELEMAHAN BESAR yang ada padanya iaitu GELOJOH dan GOPOH GAPAH.

Penyakit GELOJOH dan GOPOH GAPAH itu rasanya berkemungkinan ber'punaca' dari kata-katanya sewakutu beliau menjadi TPM dahulu. Ketika itu, 3 orang peserta ratu cantik Melayu yang bertanding dalam satu pertandingan besar iaitu Ratu Cantik Dunia ditangkap oleh JAIS. Beliau dengan 'berang' mengelaurkan kata-kata itu, "Kenapa bergitu gopoh gapah membuat tindakan?." yang akhirnya Mufti Selangor Almarhum Datuk Ishak Baharum terlucut jawatannya. Mungkin itulah 'tulah' beliau terima kerana Mufti bertindak di atas kebenaran dan jalan yang HAQ, jalan yang diarahkan oleh Allah SWT.

Rasanya satu lagi 'kesalahan' beliau ialah ketika beliau di'tendang' keluar oleh Mahathir pada tahun 1999, ialah di mana-mana beliau pergi ketika berceramah di sepanjang 'road show' ialah Ayat Quran yang selalu dibacanya iaitu " Firmana Allah dalam Surah Ali-Imran "Wamakaru WamakaraLLAH Wallahu Khoirulmaakirin", Ayat 54 yang bermaksud, "Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang." Jangan sesedap hati ber'main' dengan AYAT Allah wahai pak syeikh. Kita sama-sama tunggu waktu dan ketikanya "PERANCANGAN DARI ALLAH SWT"

al-brangionline:

2 orang berkata:

Anonymous said...

saya bukan nak ajar,sy nak kongsi dgn sedara2 semuslim saya...percayala dlm ini sistem politik artikel di atas ni hanya akan terbit bila rakan parti begaduh sesama sendiri walhal mereka telah lama kenal perangai rakan parti masing2...bagi sedara2 smuslim yg mendukung manusia politik dgn rasa taksub berubahla..bagi saya yg x sekolah tggi langsung ni pula bila anda nak buat hudud tapi anda perlukan izin raju,abu dan ahseng seolah2 mcm nak buat parit,ianya menghina itelektual saya jga,padahal saya x sekolah tggi pun..anda yg sekolah tggi x rasa terhina keintelektualan anda ke bila nak buat hudud mcm nak buat parit kena mintak izin raju,abu, dan ahseng di pru dan di parlimen?apa langkah pertama nak buat hudud?menang undi?hehe...ini jalan parti apa pun sama,buktinya artikel diatas,sebelum ni nak sentuh anwar pun tak berani padahal mereka memang kenal anwar,bila kita dh kenal baru dia nak kenalkan seolah2 dia x kenal..ini lakonan mantap dlm ini sistem..

Unknown said...

Penulis tidak bersetuju dengan faktor Anwar yang menyebabkan terengganu tumbang hanya kerana penulis bersandarkan hujah pulau pinang tidak turut tumbang sedangkan Dsai berasal dari Pulau Pinang.
Apakah penulis tidak sedar atau perasan yang mana gelombang reformasi pada tahun 99 hanya berlaku dalam kelompok melayu sahaja..yang mana majoriti kaum cina dan india masih lagi bersama dengan BN khususnya kelompok peniaga kerana pada waktu itu mereka masih lagi selesa dan tidak peduli soal politik asalkan perniagaan mereka bawa keuntungan pada mereka..
Sebab itulah umno BN pada waktu itu mengadakan persempadanan semula dgn meletakkan pengundi kaum cina ke dlm kwsan melayu dgn tujuan utk mengurangkan tekanan bg mengelakkan mereka kalah besar..jadi tak hairan jika pulau pinang tak tumbang pada BA waktu itu kerana majoriti di PP ialah cina..manakala diterengganu majoriti adalah melayu..

Jadi faktor Anwar tidak boleh diketepikan sama sekali dan kita harus terima hakikat ini..apakah penulis yakin jika bukan kerana faktor Anwar terengganu akan tumbang pada waktu itu..pada saya ianya mustahil berlaku jika bukan kerana Anwar...malangnya kepincangan kepimpinan Terengganu dibawah presidan yang dikelilingi penasihat yang membawa rebah menyebabkan PAS hanya mampu bertahan sepenggal sahaja..sepatutnya Hadi perlu belajar cara berpolitik dengan Tok Guru Nik Aziz

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.