Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA SUDAH SELESAI, JANGAN ADA LAGI PANJANG LIDAH

  Semua Perlu Akur: TGNA Setuju PAS Pusat Tolak Khalid Ibrahim


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata, keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Kota Baru.

"Saya mendengar penjelasan daripada presiden PAS dan setiausaha agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan AJK PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di Kota Baru.

Hadi dan Mustafa juga turut hadir dalam sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Aziz membuat keputusan menyokong penuh Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Semalam, AJK PAS pusat itu turut mencadangkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid.

Ketika ditanya kenapa bertindak menyokong Dr Wan Azizah sedangkan keputusan sebelum itu berbeza, Nik Aziz kemudiannya berkata:"Siapa jadi MB (menteri besar) itu terpulang kepada perkenan Sultan."

Sementara itu, Hadi berkata keputusan yang diputuskan parti itu adalah berdasarkan kepada keadaan semasa iaitu pada masa menyokong Khalid adalah kerana ketika itu beliau ia masih merupakan ahli PKR.

"Masa itu, Khalid masih dalam PKR dan kini dipecat dan masalah berkaitan dengannya sudah tidak timbul lagi," katanya.

Beliau berkata, persoalan sama ada Khalid bersalah atau tidak terhadap tuduhan yang dilemparkan parti termasuk dakwaan salah laku, itu merupakan isu yang berbeza dan tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat semalam.

Hadi berkata, keputusan PAS memilih Dr Wan Azizah itu juga tiada kaitan dengan dakwaan menyokong nepotisme yang cuba diamalkan oleh PKR.

"Saya tidak mahu komen dengan nepotisme atau tidak atau ia bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama. Terpulang kepada Sultan untuk menentukan dan itu bukan hak kita," katanya.

Ketika ditanya adakah Hadi menasihatkan Khalid dalam soal itu, beliau hanya berkata:"Nanti saya jumpa dia (Khalid) dan bukannya nasihat melalui akhbar."

Hadi berkata, PAS berharap pilihan raya negeri tidak akan diadakan, tetapi tetap bersiap sedia menghadapinya.

"Bubar dewan itu hak Tuanku dan tiada siapa boleh campur tangan tetapi kita harapkan ia tidak berlaku," katanya. – Bernama


ULASAN GB

Kita berharap tidak ada lagi mereka yang menggunakan nama TGNA dan TGHH untuk mempertahankan Khalid Ibrahim atau menolak Wan Azizah.

Semua perlu akur, suka atau tidak suka. Tidak patut lagi berbangkit soal nak pertahankan Khalid. Beliau sudah dipecat dari PKR.

Yang menjadikan keheranan bagi kita ialah mereka yang menamakan kumpulan mereka sebagai "penyokong ulamak" sanggup menggunakan bahasa kasar dan caci maki. Tak cukup dengan fitnah-fitnah, malah sanggup memberi gelaran "binatang" seperti ayam sabung, ayam daging dan seumpamanya kepada golongan yang mereka tidak suka. Hal ini akan GB ulas sedikit masa lagi.









0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.