Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUANYA ATAS PERKENAN SULTAN, YA ATAU TIDAK

Thursday, August 14, 2014

Wan Azizah tetap mahu jadi MB Selangor..


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan sidang media di Subang Jaya hari ini untuk membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor untuk menjadi menteri besar.

Dalam satu jemputan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi, presiden PKR itu dikatakan akan mempersembahkan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) melebihi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid pada Isnin berjaya kekal sebagai menteri besar Selangor selepas berjaya meyakinkan Sultan Sharafuddin Idris Shah beliau masih mendapat sokogan DUN walaupun dipecat PKR hujung minggu lalu.

Sultan Selangor sehari selepas itu turut bersetuju agar Khalid memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PKR dan DAP.

Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 43 Adun daripada 56 kerusi DUN selepas Khalid menjadi Adun Bebas.

Khalid sekarang ini mentadbir negeri Selangor dengan empat exco PAS.

Krisis Selangor ini juga bakal menggugat PR kerana kedegilan untuk bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid.

PR sekarang ini mempunyai 87 kerusi Parlimen selepas Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjadi Bebas lapor The Malaysian Insider

1 orang berkata:

Anonymous said...

makcik zizah lbh baik dok rmh main kipas ajaib dgn cucu.. jd presiden pkr pn x blh nk handle ahli dlm pemilihan parti.. tunggang langgang. .. inikan plk nk jd mb selangor.. apa kelayakkan mkck zizah ada yg beria2 sgt nk jd mb.. musykil sungguh la.. pelik..pelik..rasanya mslh ni blh settle klu laki mkck zizah bg nama lain selain nama mkcik .. msti sultan pn x de masalah.. mkck zizah buat sepuluh soalan dlm sidang dun pn kena reject dgn speaker.. ini kan plk nk mntadbir Selangor... ukur baju dibadn sndri lah mkck zizah oooii.. nafsu mkck zizah laki bini besar betul.. pegi la balik kg kt pulau pinang... kecek dg lge kt nak jd ketua mnteri wanita yg pertama... kata semangat setiakawan dap dan pkr kuat.. msti boleh punya.. ingt nak tadbir Selangor ni macam main kipas ajaib tu ke .. mkck zuzah buat susu cucu sambil main kipas ajaib bg tidurkan cucu lg baik...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.