Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, August 10, 2014

PAS Selangor sedia hadapi pilihan raya mengejut OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 Ramai hadirin di Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014

Ramai hadirin di Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini. –

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya akan bersedia bila-bila masa jika berlakunya pilihan raya negeri mengejut ekoran krisis kedudukan menteri besar di negeri itu.

Namun beliau optimis krisis itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa perlu diadakan pilihan raya negeri.

"Saya tidak fikir sampai ke tahap itu, tetapi berada dalam politik kena sentiasa bersedia hadapi pilihan raya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Taman Melewar di Gombak, hari ini.

Katanya, pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak akan menjejaskan kerja pentadbiran negeri yang akan diteruskan seperti biasa.

Iskandar turut menolak dakwaan Exco PAS akan meletakkan jawatan sebagai tanda solidariti kepada Khalid.

"Pentadbiran perlu diteruskan. Tidak adil kepada rakyat jika Exco PAS meletakkan jawatan," katanya yang mengulangi pendirian PAS Selangor selari dengan keputusan Majlis Syura dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 10 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.