Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

sungguh kurang sopan ketawa cam tuh

Monday, August 11, 2014

Sultan perkenan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor.. semoga tak ada yg gigit jari..


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Majlis Penasihat DiRaja Selangor.

Abdul Khalid berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang di sini hari ini. khalid“Saya sangat berpuas hati dengan mesyuarat ini,” katanya ketika ditanya pemberita yang mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi tadi.

Beliau yang kelihatan ceria bagaimanapun enggan menjelaskan perincian mesyuarat terbabit. Menurut Seketariat Akhbar Menteri Besar, Abdul Khalid akan mengadakan sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jam 2.00 petang ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu berlangsung selama kira-kira lebih dua jam.

Mesyuarat itu diadakan bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor lapor SelangorKu

Laporan seterusnya ini dipetik dari Twitter Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz..
Saya telah menghadap DYMM Tuanku pagi tadi untuk sembah maklum kedudukan MB selepas pemecatan saya sebagai anggota PKR.  
Lanjutan pemakluman itu, DYMM Tuanku telah bertanya samada saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.  
Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.  
DYMM Tuanku berpuas hati dgn penjelasan yg telah disembahkan & telah perkenan utk saya terus memegang jawatan MB Selangor.  
Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor & akan menjalankan tugas seperti biasa. 


Hmmm.... semoga tak ada yang gigit jari...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.