Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PERLU TUBUH PARTI BARU, KELUAR PAS MASUK PKR, HABIS CERITA

Memang dalam PAS ramai yang keciwa dengan pimpinan ulama, sebab ulama apabila membuat keputusan mereka rujuk dasar parti, Golongan Propessional bila buat sesuatu mereka pakai akal dan lojik, Golongan ini dianggap golongan muallaf

Golongan ulama mengharapkan golongan professional mengikut cara ulama bekerja, namun golongan professional belum lagi dapat mengikutinya sebab masih buru dunia dan kuasa serta mudah terperangkap dengan politik sekular dari kawan-kawan yang berfahaman bukan islam

Diantara golongan professional yang menyertai PAS kerana desakan daripada kesedaran beragama, namun golongan ini belum bersedia melaksanakan islam, mereka mahu buru dunia dan masih juga mahu bermegah-megah

Ada lagi golongan professional yang menyertai PAS kerana frust, atau tidak dapat projek atau di pulaukan atau kalah memenangi jawatan, golongan ini diterima menjadi ahli yang kemudiannya membawa masalah kepada PAS. sebab mereka menyertai PAS tidak kerana dasar

Dari hari ini kehadapan mana-mana manusia yang mahu menyertai PAS mereka kena bagi tahu tentang dasar parti disamping terus mendapat tarbiyah terutama pada bab akidah. kerana didalam PAS sendiri ramai yang tidak faham akidah yang berpandukan dengan dasar parti - Pak Karamu

 

Monday, August 11, 2014


Profesional PAS akan tubuh parti baru?


Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden.

Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno. Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah. Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas melakukannya.

Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang tinggi masyarakat.

Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi. Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam arena politik.

Terutama di Selangor yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah dan ahli politik yang mempertahankan integriti.

Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti selepas pilihan raya Kelantan 1978.

Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur. Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka kedua-duanya akan diberi undi.

PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke parti baru yang lebih kredibel lapor Suara Pakatan
Daily

4 orang berkata:

Anonymous said...

apa punya bodoh bin bangang bin bahalol nak join Parti Kemunafikan Rakyat tu.. Tapi kalau nak sama-sama tenggelam seperti Semangat 46 dengan segala 'bangangnya' dipersilakan.
PAS yang sejak dari zaman sebelum Dato' Asri bin Muda lagi dah ramai yang tinggalkan PAS namun PAS masih bertahan dan tak pernah pun mengeluh dan tak 'menggelupur macam katak disimbah air panas' merebut jawatan biarpun di'rampas' Trengganu dan Kedah, tapi kalau tanya orang yang berakal (saya ulang YANG BERAKAL sebab pendapat dan buah fikiran yang tak berakal memang tak boleh diterima langsung) dah nampak dengan jelas PKR cuma mahukan Pangkat dan kedudukan seperti Hassan Ali (yang sudah pun meninggalkan PAS) dan ramai lagi dalam PKR yang diketahui berangan-angan Kedudukan di dalam Kerajaan sekiranya DSAI jadi PM kelak. Apakah itu bukan MUNAFIK ? semasa nak minta sokongan orang ramai berapi-api melaungkan SLOGAN untuk kepentingan rakyat tetapi agenda sebenar hanya untuk mengejar pangkat dan kedudukan ... ptuui !!! , kami mulai semakin setuju dengan desas desus yang mengatakan sebenarnya yang mahukan UG bukanlah PAS tetapi PKR dan sebaliknya PKR menggunakan isu ini untuk memburukkan PAS. Dan kami tak nampak hala tuju perjuangan PKR selain nak menjamin survival dan membersihkan nama DSAI yang tercemar sejak tahun 1998 lagi

Anonymous said...

Salah..! Itu bukan PROFESIONAL PAS, profesional pas adalah mengiktiraf syura ulama dan presiden,ini sebenarnya munafik dalam islam.. Dimana letaknya nilai2 hormat pada syura ulama yang tertinggi dalam parti ini(Pas), ini lebih dipangil hantu dalam parti,harap PAS menasihati meraka ini,dan kalau tak dengar juga,dipersilakan tingglkan pas.. Pas sudah biasa bersendiri atau ahli yang keluar.. SILAKAN TINGGAL KAN PAS!!..

Anonymous said...

MANA-MANA YANG TAK SETUJU DENGAN MAJLIS SYURA DAN TUAN GURU PRESIDEN...! Sila tinggalkan pas!!...

Anonymous said...

DIPERSILA TINGGALKAN PAS !!... Dari pnyokong syura ulama..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.